suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang: Salute to Salehudin Ayob



Terima kasih kepada YB Salehudin Ayob, Pengarah Pilihanraya Kecil PR/PAS DUN Bagan Pinang yang telah bekerja keras.

Cabaran utama yang dihadapi anda ialah undi pos. Ini kerana anda tidak mempunyai akses untuk memasuki kem-kem tentera, kalau anda dibenarkan masuk..Insya Allah keadaan akan menjadi lain.

PAS pula hanya mempunyai empat cawangan di-Bagan Pinang dan jentera pilihanraya parti dikawasan itu sendiri tidak begitu menonjol, mungkin kurang pengalaman. Manakala para-para pengempen yang datang dari luar tidak faham akan keadaan dan suasana di-Bagan Pinang.

Mereka hanya mengharapkan kehadiran pengundi-pengundi pada ceramah-ceramah mereka sahaja.

Ceremah-ceremah ini pula hanya mula mendapat sambutan pada dua hari terakhir kempen. Ceramah-ceramah ini pula berjaya menarik ramai pengundi hanya apabila nama-nama besar dalam Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng, Hadi Awang dan lain-lain hadir untuk berkempen.

Apabila Anwar Ibrahim dan Nik Aziz turun untuk berkempen, keadaan dan suasana yang menggerunkan dapat dilihat hinggakan Najib yang berada di Paris ketika telah menerima lapuran sambutan yang diterima Anwar dan Nik Aziz ini cukup hebat. Tetapi sudah agak lambat untuk meng'neautral'kan mereka.

Perhatian yang lebih-lebih yang diterima anggota-anggota tentera dan kaum keluarga mereka serta pengundi-pengundi dari kaum India oleh Najib dan Mahyudin juga merupakan satu faktor yang menyebabkan majoriti undi pos meningkat kepada BN/UMNO dan undi kaum India beralih kepada mereka.


dollah yankee - it's okey... dah itu pilihan orang-orang bagan pinang,mungkin orang-orang muda bagan pinang ingat kalau kerusi tu dapat dekat pas, mereka dah tak boleh nak tengok pelancong-pelancong di-port dickson pakai bikini.

No comments:

Post a Comment