suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, October 07, 2009

Bagan Pinang: Nakalnya Chegu Bard & Mabok Lemang




Hari keempat kempen di-DUN Bagan Pinang kelmarin tidak banyak yang menarik perhatian gurkah-gurkah politik yang sedang berada disana untuk dilapurkan.

Keadaannya sama saja seperti dimana-mana PRK yang lepas-lepas, ceramah Pakatan Rakyat sentiasa saja ditunggu dan mendapat tempat, jika dibandingkan dengan ceramah BN/UMNO.

Yang paling menarik perhatian gurkah-gurkah ini ialah, pemidato hebat dengan ucapan-ucapan yang berapi, Chegu Bard, telah menaikan beberapa takah suhu kepanansan PRK dengan ucapan-ucapannya diselang-seli dengan jenaka-jenaka yang lucu dan menggelikan hati pendengar-pendengar yang memenuhi tempat ceramah.

Antaranya ialah bila chegu Bard yang telah melahirkan rasa simpati beliau terhadap Aziz Rahim yang mendakwa telah ditumbuk oleh penyokong-penyokong PAS, dimana pada hari kejadian si-Aziz ini telah berjalan ke-hulu dan hilir dan merata-rata, bercakap dan menunjukan kepada orang ramai tengkuknya yang cedera akibat ditumbuk itu.

Keesokan harinya dia telah terdampar diatas katil hospital dengan tengkuk yang bersimen dan kelihatan lebih teruk daripada pesakit-pesakit yang menghidap H1N1.

Anda patut lihat telatah chegu Bard yang nakal menggayakan gaya hero macho ketua pemuda umno itu, menyebabkan pendengar-pendengar ceramah chegu Bard begtu gembira dan ketawa terbahak-terbahak dan mendapat tepukan yang gemuruh menyokong.

Manakala pengundi-pengundi berdaftar di-DUN Bagan Pinang, sejak hari pengumuman calon lagi sehinggalah petang tadi, tidak putus-putus mendapat undangan jamuan kerumah terbuka aidil fitri yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin BN/UMNO yang datang dari ibukota.

Dikatakan pengundi-pengundi di-Bagan Pinang ini jenuh menghadiri dan menjamu jamuan-jamuan rumah terbuka ini dengan purata tiga rumah terbuka dalam satu hari dan jamuan ruma terbuka ini akan terus berjalan sehingga kemalam terakhir kempen.

Nampak gayanya pengundi-pengundi Bagan Pinang sudah dan akan terus mabok lemang. Apa yang gurkah-gurkah ini nampak ialah bila mereka sudah mabok lemang dan semasa tiba hari mengundi nanti, gambar dacing atau 'kati' akan bertukar jadi gambar bulan.



dollah yankee - BN/UMNO dah tak sedap badan ...

No comments:

Post a Comment