suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, September 25, 2009

Zaman ini anjing lebih bernasib baik dari manusia



Oleh:wartawan blogger


Dipahamkan bahawa kos untuk mengiklan di-'billboard' dalam negeri Selangor adalah diantara RM2,000 sehingga RM10,000 sebulan.

Papan iklan bertempat di Jalan SS4 telah menarik perhatian ramai orang yang lalu lalang sejak dua setengah bulan yang lalu kerana iklan yang dipaparkan adalah tentang kehilangan dua ekor anjing peliharaan.

Ianya telah hampir dua bulan setengah sejak diiklankan kehilangan anjing tersebut namun ia masih tidak mematikan semangat tuan punya anjing itu untuk meneruskan pencariannya.

Tuan punya anjing itu akan terus mencari dan dia telah bersedia dengan sejumlah wang yang besar untuk dibelanjakan bagi tujuan itu sehingga anjing kesayangannya itu dijumpai.

Tuan punya anjing itu yang telah memelihara anjing tersebut sejak 10 tahun yang lalu berkata, mereka tidur didalam bilik yang sama dan anjing itu juga mempunyai selimutnya sendiri.

.................................................................................

Sementara itu diceritakan ada seorang warga emas berusia 70an telah menjadikan beberapa surau disekitar Kota Damansara sebagai rumahnya sejak 10 tahun yang lalu.

Antara surau yang telah menjadi rumah beliau dimana dia akan mandi, sembahyang dan makan ialah surau Al-Falah dan An-Nur di seksyen 6, Kota Damansara.

Warga emas yang dikenali sebagai Masood itu berkata dia tidak mahu membebankan anak-anaknya yang mempunyai keluarga mereka sendiri di Perak. Dan dia berkata dia lebih berasa selesa berada disurau-surau disekitar Kota Damansara itu.

Dia merasakan dengan usianya yang tua itu akan menjadi beban kepada mereka dan dia ingin bersendiri. Di pahamkan pada ketika ini warga emas itu berada di surau Al-Falah dan telah berada disana sejak sebulan yang lalu.

Terdapat kira-kira 6 buah surau diseksyen 6 yang dikatakan menjadi tempat tinggal warga emas ini, dan beliau juga amat dikenali ramai jemaah-jemaah di surau-surau tersebut dan telah bergerak dari satu surau ke satu surau yang lain sejak 10 tahun yang lalu.



dollah yankee- Masya-Allah...apa sudah jadi dengan ini dunia...

4 comments:

  1. Hi Dollah yankee. You also write about politic?

    Dont la Dollah. So many poeple write on politic, fedup I. You write something about love ok dear.

    You're 'yankee' so be more rocky and we rock.

    ReplyDelete
  2. ohh..oo..wow !, my heart pounding high..., the only thing free in this world is true love.. not plastic .. Sue!
    i will write something about love, because love is my passion...

    ReplyDelete
  3. Hi Dollah dear!! I like your reply. Simple and easy. Waiting for your love to be pen in blog.

    Hi dear, your photo really arouse me....... Love your blog dear.

    ReplyDelete
  4. you are seductive ... very dangerous!!!

    ReplyDelete