suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, September 26, 2009

YB Guan Eng, jangan layan itu orang !



Tindakan YB Guan Eng untuk tidak melayan undangan Naib Ketua Pemuda Gerakan, yang telah menghantar satu surat jemputan untuk mengadakan satu debat tentang isu Kampong Buah Pala telah mendapat sokongan ramai.

Gurkah-gurkah politik di'port' merasakan Naib Ketua Pemuda Gerakan itu, yang tidak tahu hujung pangkal tentang isu Kg.Buah Pala ini jangan lah cuba untuk menjadi hero seperti 'padayappa' bagi pihak orang India disana.

Semuanya sudah berjalan dengan cantik dan teratur berkenaan dengan isu ini dan kerajaan negeri akan terus membantu mana yang perlu dibantu biarpun isu ini sudah dianggap selesai.

Ini lah perinsip parti Gerakan, selepas gagal menyelesaikan masalah Kg.Buah Pala ini semasa mereka memerintah, dan selepas Guan Eng berjaya mengatasinya, mereka menjadi busuk hati dan cemburu.

Kerana merasakan yang pada PRU ke-13 yang akan datang nanti mereka sekali lagi akan ditolak oleh rakyat Pulau Pinang, parti Gerakan ini akan terus menerus mencari pasal dengan kerajaan PR di Pulau Pinang.


dollah yankee- kesian dekat Pak Lah GERAKAN, sejak Koh Tsu Koon berpindah ke KL, dia pun sudah tidak masyukkkkk lagi...sabaq Pak Lah..sabaq..!

No comments:

Post a Comment