suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, September 05, 2009

Yang ke-9 di negeri 9,bulan 9 tahun 09

Malaysia memang boleh, 1 1/2 tahun 9 pilihanraya.

Dalam masa satu setengah tahun saja, negara kita telah mencatit satu rekod dunia dimana kita akan menempuh satu lagi pilihanraya kecil yang ke-sembilan dan di-negeri Sembilan selepas pilihanraya umum yang ke-12 hanya pada bulan Mac tahun lepas.

Lapan pilihanraya kecil yang telah berlaku sebelum ini telah menyaksikan BN dan PR masih mengekalkan 'status quo' mereka kecuali di Kuala Terengganu dimana BN telah hilang satu kerusi parlimen kepada PAS.

Untuk kerusi DUN Bagan Pinang ini, sudah pasti lah BN akan berjuang mati-matian untuk mengembalikan semula moral mereka yang sudah cukup teruk disamping akan cuba untuk mempertahankannya agar tidak terjadi sepertimana kata orang-orang tua 'ayam sudah terlepas, tangan sudah bau taik'.

Apa lah malang nasib Tan Sri Abdul Aziz Yusuff, sejak menjadi Pengerusi SPR baru sembilan bulan, sudah terpaksa mengadap tujuh pilihanraya kecil.



dollah yankee- nasib BN sangat baik Kota Siputeh terselamat, kalau tidak alamat dua-dua pun tertungging, sebab untuk PRK ini banyak sangat nombor 9, kalau dalam exam, 9 tu kira semua orang tahu laa apa maksud ...

No comments:

Post a Comment