suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 24, 2009

Tabik pada Nordin Mat Top



KDN pula sekarang penin kepala sebab ramai sangat bermacam orang yang telah datang dan mengaku saudara mara kepada teroris Nordin Mat Top dengan tujuan untuk menuntut mayatnya.

Dengan kedatangan ramai yang ingin menuntut mayat Nordin itu menyebabkan prosedur tuntutan dan pemulangan mayat Nordin telah menjadi semakin sukar.

KDN akan menapis semua tuntutan ini sebelum memutuskan untuk membawa pulang mayat Nordin.

Memandangkan ramai tuntutan dari yang mengaku saudara mara kepada Nordin ini akan mengambil sedikit masa, maka mayat Nordin dijangka sampai disini minggu depan.

Ketika meminta bantuan seorang gurkah politik di'port' untuk cuba mendapatkan maklumat dari konteknya di Johor, kami telah diberitahu bahawa Nordin memang akan dikebumikan dikampong asalnya diPontian.

Kami juga diberitahu tentang kehadiran ramai sekali anggota polis, yang berpreman, yang beruniform, inteligen-inteligen tentera, secret service tentera yang bukan dari sini dan bermacam-macam lagi orang-orang yang tak dikenali disekitar Sg.Tiram dan Pontian pada ketika ini.

Kontek itu juga yang ketika ini sedang berada di Sg.Tiram telah memberitahu yang dia masih tidak mendapat sebarang maklumat bila pengkebumian akan diadakan dan isteri Nordin juga dikatakan tidak ada disini dan masih belum kembali dari Indonesia.

Protokol yang akan diguankan mungkin sama sepertimana yang dipakai semasa mayat rakan seperjuangan Nordin iaitu Dr.Azahari Husin dibawa pulang dari sana ke Melaka tiga tahun dulu.



dollah yankee- wow..!mesti syokk kalau boleh tengok gelagat-gelagat perisikan-perisikan tentera menyamar disana...

2 comments:

  1. Nasihat YB Nik Aziz Dalam Video 15Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia

    YB Nik Aziz, The Tree!!!
    Click Here To Watch


    Sebagai warga bukab Islam, saya juga kagum dengan sikap rendah diri dan nasihat yang diberikan oleh YB, video ini patut ditonton oelh semua sama ada penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz...

    jika dibandingkan aku dengan dia dalam soal agama, ratio adalah 1/1juta

    ReplyDelete