suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, September 11, 2009

Sungguh sungguh ka..? Atau saja nak bagi kami syokk..!

KES-1 KHIR TOYO & BALKIS

SPRM akan memanggil Khir Toyo untuk membantu siasatan berhubung dengan pembelian rumah agamnya yang bernilai berjuta-juta ringgit itu.

SPRM mahu soal siasat Khir Toyo kerana SPRM telah mendapat lapuran daripada Jurunilai Bebas terhadap kos pembinaan rumah agam yang telah menjadi kontrovosi yang terletak di-seksyen 7 itu.

SPRM juga dikhabarkan telah mendapati sekurang-kurangnya dua laporan dimana salah satu laporan itu ada menyebut yang rumah agam itu telah dianggarkan bernilai lebih daripada RM5 juta.

SPRM tidak menutup fail penyiasatan terhadap rumah agam Khir Toyo itu kerana dikatakan sedang menunggu laporan Jurunilai Bebas itu dan juga kerana ingin siasatan diadakan secara berasingan.

Dikhabarkan juga disamping siasatan terhadap rumah agam itu, SPRM juga dijangka menyiasat akaun BALKIS.

Setelah membuat beberapa pertanyaan SPRM telah mengambil keputusan untuk menyiasat wang BALKIS yang didakwa telah hilang dan dipercaya telah dilesapkan dimana isteri Khir Toyo adalah YDP BALKIS yang telah membubarkan BALKIS sebaik sahaja selesai PRU-12 pada Mac tahun lepas.


----------------------------------------------------------

KES-2 CEO KUALA DIMENSI SDN.BHD.,

CEO Kuala Dimensi Sdn.Bhd.,Tiong King Sing, juga telah dipanggil untuk diambil kenyataannya oleh Jab Siasatan Jenayah Perdagangan.

Tiong adalah pemaju utama yang telah dilantik sebagai kontraktor tunggal dan dianugerahkan projek itu tanpa lain-lain bidaan dari lain-lain syarikat.

Satu Malaya tahu bayaran yang berjumlah beratus juta ringgit telah dibuat kepada Kuala Dimensi Sdn.Bhd., tanpa sebarang kelulusan dan pengetahuan lembaga pengarah Lembaga Pelabuhan Kelang.

-----------------------------------------------------------

KES-3 PKFZ

Gurkah-gurkah politik berpendapat tindakan kerajaan menubuhkan pasukan khas kabinet untuk mengawal pentadbiran dan masa depan PKFZ telah dibuat agak lambat.

Rakyat bawahan ingin melihat bagaimana pengakhiran skandal ini, dimana ianya telah mengambil masa yang cukup lama dan siapa sahaja yang bertangungjawab hendaklah diseret ke muka pengadilan.



dollah yankee- tak percaya kepada semua 'ending' kepada kes-kes ini nanti

No comments:

Post a Comment