suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, September 07, 2009

'SPIDERMAN' penyelamat !



Gurkah-gurkah politik semenjak bulan ramadan ini telah beraleh 'port'.

Daripada 'ber-'base'kan' kedai-kedai dan warung-warung sampai lah ke rumah kopi di hotel 5 bintang, semuanya kini boleh jumpa di masjid-masjid menghabiskan sisa-sisa bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini.

Yang menariknya dalam tazkirah secara tidak resmi selepas subuh pagi tadi, ada lah seorang gurkah yang berkata bahawa, dengan keadaan iklim dan suasana politik di Malaysia pada waktu ini, disamping mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana masih dapat menyumpurnakan ibadah ramadan, kita patut juga mengucapkan terima kasih kepada 'spiderman' Robert Alain dari Peranchis.

'Spiderman' yang telah berjaya menawan KLCC dan mencacakkan bendera Malaysia, telah menyebabkan kehangatan suasana politik semasa telah sedikit kurang dan menyebabkan Petronas, KLCC, Kuala Lumpur telah mendapat publisiti yang begitu baik diseluruh dunia.

Jika tidak, dengan kuasa teknologi maklumat yang ada, negara kita Malaysia telah mendapat gambaran yang cukup teruk.

Anda hanya cuma perlu Googlekan Shah Alam, Kampung Buah Pala, Indian Temple, 'cow-head', Kartika Sari dan hukum sebat, maka keluarlah bermacam-macam cerita dan gambaran yang satu dunia dah dapat tau.

Itu belum lagi google cerita siasat kes RM2,500 sampai saksi mati, siasat kes RM10 juta hanya ambil masa satu setengah jam.

Belum lagi cerita demonstrasi 'kepala lembu' dimana pihak berkuasa hanya mengambil pendekatan dengan memerhati sahaja demonstrasi itu, manakala yang menyalakan lilin, yang memakai baju hitam dan sedang pekena kopi di warung-warung dan kedai-kedai kopi ditangkap.


dollah yankee- tapi kalau kita google raja petra kamarudin, lagi dasyat akan keluar...

No comments:

Post a Comment