suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 03, 2009

Soi Lek lwn Tee Keat, Liow yang menang !



Usaha gigih kader-kader, gurkah-gurkah serta penyokong Chua Soi Lek telah menunjukan hasil apabila hingga semalam, tiga negeri telah menunjukan sokongan kepada Soi Lek dalam perlawanan menentang Tee Keat.

Setelah kem Tee Keat mendapat berita mengatakan kem Soi Lek telah pun berjaya mendapatkan 800 tandatangan borang untuk memanggil satu EGM, mereka telah selangkah kehadapan bila menggunakan plan lain dengan menyerang Soi Lek dengan mendakwa wakil-wakil 800 tandatangan ini telah dibeli dengan harga diantara RM3,000 dan yang sampai ke harga RM10,000 sekiranya seseorang itu menjawat jawatan Ketua Bahagian untuk mendatangani borang permintaan EGM.

Namun macam biasalah.. Tan Chai Ho, orang kuat MCA ini yang menyebelahi kem Soi Lek, telah menafikan perkara ini dan menganggap ianya adalah karut dan tidak berasas sama sekali.

Dalam pada itu, kader-kader Liow Thiong Lai, telah mula menjalankan kerja-kerja mereka untuk menaikan Liow duduk di kerus nombor satu MCA.

Majoriti wakil-wakil dari MCA Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur dari kem Liow Thiong Lai telah mula memainkan jarum mereka dengan telah menunjukan rasa tidak minat terhadap 'EGM Tee Keat' dan 'EGM Soi Lek', sebaliknya mereka telah memukul canang agar satu EGM dipanggil bagi memilih dan memberi laluan kepada seorang ketua baru dan kedua-dua Soi Lek dan Tee Keat haruslah berhenti.

Mereka merasakan yang kedua-dua Soi Lek dan Tee Keat adalah pemimpin dengan imej yang kotor dengan skandal masing-masing.



dollah yankee - patut dok tengok, bila pun liow thiong lai asyik dok kerenyih saja...

No comments:

Post a Comment