suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, September 23, 2009

The San Miguel




Bursa Saham Philipina baru-baru ini telah mengumumkan perlantikan Mirzan Mahathir sebagai ahli lembaga pengarah didalam San Miguel Corpn., yang merupakan pemilik San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Corpn., merupakan syarikat pengeluar arak yang terbesar di Philipina dan dibeberapa buah negara di-asia tenggara.

San Miguel Brewery menguasai 95 % pasaran beer di Philipina dan syarikat ini juga telah mengeluarkan beer jenama ini sejak 100 tahun lalu atau sudah 1 kurun beb..!

Apa yang dilakukan oleh si-Mirzan ini benar-benar telah membuatkan gurkah-gurkah politik di'port' begitu kecewa sekali dan merasakan beliau tidak sensitif kerana si-Mirzan ini hidupnya berlandaskan....."asal barang jadi duit!!!"

Gurkah-gurkah ini juga berpendapat sebagai ahli lembaga pengarah, dia dijangka menyumbangkan tenaga, wang ringgit dan fikirannya untuk memajukan perniagaan arak ini.

Maka ekoran dari kes ini, berceritalah gurkah-gurkah ini bagaimana dua orang melayu di pulau pinang ini ada membuka kilang mencetak daun pakau dan kilang membuat kondom dalam usaha untuk mengujudkan bumiputra sebagai ushawan selaras dengan dasar ekonomi baru, yang mana akhirnya kedua-dua kilang telah terbakar hangus.



dollah yankee- kalau laa san miguel ganti gambaq model iklan diatas dengan gambaq si-mirzan, agak-agak boleh laku tak beer itu?

No comments:

Post a Comment