suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, September 18, 2009

Salam Aidil Fitri untuk jentera Pas/PR PRK Bagan Pinang



Malaysia kini dalam fasa genting untuk satu transformasi dan undi daripada pilihanraya kecil DUn N31 Bagan Pinang adalah begitu mustahak dan penting sekali untuk menentukan masa depan negara.

Pilihanraya kecil ini adalah penting buat Pakatan Rakyat, dan Pas sebagai parti yang bertanding akan menghadapinya sebagai satu ujian yang tersangat getir.

Oleh itu mereka perlu melakukanya dengan penuh kerja keras untuk memastikan calon Pas memenanginya.

Adalah amat mustahak untuk jentera pilihanraya Pas dan lain-lain sahabat dalam Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan penuh gigih dan sepakat serta bersatu hati dalam memastikan kejayaan ini.

Jentera pilihanraya perlu turun ke akar umbi untuk menerangkan contoh-contoh dan model yang sedang dirancang Pakatan Rakyat yang akan diguna pakai kerana Pakatan Rakyat akan menjadi pemerintah selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.


dollah yankee- berharap agar pengundi-pengundi Bagan Pinang dapat membuat transformasi yang semua orang inginkan...

No comments:

Post a Comment