suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 17, 2009

Rembat jangan tak rembat !



Bila saja pecah berita yang mengatakan 1Malaysia Najib bersama-sama dengan beberapa ahli-ahli perniagaan terkenal akan memulakan satu pasukan F1 tahun depan, gurkah-gurkah politik di 'port' terkejut sakan dan mula menyumpah.

Gurkah-gurkah politik ini tertanya-tanya, apakah tujuan dan niat sebenar mereka ini? Apakah mereka-mereka ini begitu serius ingin mencuba nasib dalam sukan yang dikategorikan sebagai sukan yang paling mahal, yang kita tak pernah menceburinya? Atau pun mereka-mereka ini sudah mendapat lapuran awal mengatakan pada PRU-13 nanti BN akan hilang kuasa memerintah, jadi apa saja yang boleh dirembat pada masa ini akan dirembat?

Mula-mula sekali gurkah-gurkah ini sudah nampak yang niat mereka adalah serius. Tetapi bila mendengar pula yang SIC berkata ia akan menyediakan satu kawasan yang besar dan luas untuk menempatkan ibu pejabat pasukan Lotus F1, skrip drama ini sudah jadi lain macam.

Perancangan sedang berjalan dimana pemilik pasukan F1 ini, 1Malaysia F1 Team Sdn.Bhd., sanggup melabur wang yang besar untuk membina terowong angin dan lain-lain kemudahan untuk meletakan kereta F1 buatan Malaysia pada perlumbaan kereta F1 tahun depan.

Melihat kepada perancangan ini, gurkah-gurkah ini sudah mengagak yang ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar yang bernilai beratus-ratus juta dollar. Dan untuk mencapai kejayaan dalam sukan F1 ini, pasukan ini akan membelanjakan beratus-ratus juta dollar lagi pada setiap tahun untuk bersaing dalam sukan ini.

Melihat kepada perkembangan ini, gurkah-gurkah ini dapat merasakan bahawa untuk beberapa tahun akan datang, kerajaan sudah pasti akan memperuntukan bajet-bajet yang besar dalam bidang sukan.

Dan bila ianya telah melibatkan wang pembayar cukai digunakan untuk tujuan yang mengarut ini, gurkah-gurkah ini sudah pastilah akan 'angin satu badan'.

Memandangkan wang kerajaan yang memerintah pada hari ini berada pada negatif (-), adalah lebih baik gunakan wang itu untuk lain-lain tujuan yang berfaedah untuk rakyat.

Ini kah '1Malaysia, rakyat didahulukan' ? ..... pundek !!!

dollah yankee - nanti, selepas PRU-13, bila PR berjaya menawan Putrajaya, akan terjadilah macam-macam hal sebab fulus al-mahfoz semua dah habis kena rembat.

1 comment: