suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, September 22, 2009

N31 Bagan Pinang: UMNO sedang berantakan

Kenapalah umno Teluk Kemang khasnya dan melalui ketua bahagiannya iaitu Isa Samad tetap mahukan hanya satu nama sahaja, iaitu namanya yang perlu dihantar kepada umno pusat, hanya namanya sahaja yang akan diberikan kepada Mahyudin Yasin selaku Pengarah pilihanraya diN31 dan hanya nama Isa Samad sahaja untuk pengetahuan Mohd Hassan sebagai Pengerusi Perhubungan umno negeri.

(Dia ketua, dia panggil mesyuarat, dia buat keputusan dan ia dia yang 'endorsed' nama dia sendiri untuk diletakan sebagai calon pada PRK Bagan Pinang itu nanti...demokerasi kah ini? ya!..inilah demokerasi terpimpin..kah..kah..kah..)

Ricky punya ricky punya ricky..rupa-rupanya Mohd Hassan yang dinaikan menjadi MB melalui KJ dan pak mentuanya yang kaki tidur itu, bukanlah tersenarai sebagai salah seorang orang-orang daripada kem Najib dan Mohd Hassan dari kem Mahyudin ini boleh mendatangkan masaalah kepada Najib.

Bila Pengarah pilihanraya N31,iaitu Mahyudin Yasin dan Mohd Hassan berdegar-degar menasihatkan umno Teluk Kemang agar menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 nama, Najib rilek saja dan selaku Presiden umno langsung dia tidak bersuara kerana Najib memang memerlukan Isa Samad untuk kembali bagi menguatkan kedudukannya dan kemnya.

Isa Samad yang sudah tahu benar bahawa Najib amat-amat memerlukannya, maka Isa Samad pun apa lagi...terus menggerakan 'gurkah-gurkah'nya untuk memulakan 'saiko' kepada semua pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli umno bahawa Isa Samad akan kembali menduduki kerusi MB jika dia dicalonkan dan menang.

Manakala 'gurkah-gurkah' dan geng serta kroni Isa Samad yang selama ketiadaannya sudah cukup kering dan kontang disebabkan semua dan apa-apa juga projek-projek yang baik-baik telah dibolot dan dimonopoli Mohd Hassan melalui adiknya Azman, dengan pantas memulakan tugas-tugas 'saiko' ini.

Dari satu sudut pula, Mahyudin tetap mahukan 3 nama kerana dia ingin membersihkan imejnya yang telah 'terkangkang' pada dua pilihanraya kecil lepas dan ingin menebus maruah, manakala Mohd Hassan takkan membiarkan kerusi MB nya itu diserahkan kepada Isa dan Najib pula hanya menunggu masa untuk mengatakan kepada Mahyudin... "your time is over mate..! get lost.."

Melihat kepada senario-senario ini, dapat dirumuskan yang, biarpun umno/BN sedang mendahului dengan 5000 undi pos, namun kedudukan sebenar sehingga jam 8 pagi ini, memihak kepada PAS dengan kelebihan 51%.


dollah yankee- apa-apa hal pun pembeli-pembeli rumah Taman Anggerik dalam DUN Bagan Pinang yang projek itu telah lama terbengkalai, akan mula senyum sebab projek itu antara yang diwar-warkan akan menjadi salah satu projek 'mee segera' pilihanraya kecil itu nanti.

No comments:

Post a Comment