suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, September 04, 2009

MIC Polls, vote for Kajang Ananthan !

Untuk pengetahuan ahli-ahli MIC sahaja, T.Ananthan, ada lah salah seorang daripada ramai calon-calon yang telah menawarkan dirinya untuk menjadi ahli politik dan sehubungan dngan itu, dia perlu untuk memenangi satu kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat MIC pada pemilihannya yang akan diadakan pada 12 september nanti.

Ananthan adalah seorang yang profesional, ahli perniagaan dan veteran dalam MIC akan berusaha untuk mendapatkan satu daripada 23 kerusi itu dengan bertanding sebagai 'bebas' iaitu tanpa menyertai mana-mana 'team'.

Biarpun begitu banyak pengalaman didalam MIC, namun untuk menang agak begitu sukar kerana mereka semua terpaksa berdepan dengan 'team' yang telah direstui oleh presiden Samy Vellu. Tetapi bagaimana pun Ananthan masih mempunyai peluang yang cerah berdasarkan kepada kelulusan akademik, sumbangannya kepada parti dan masyarakat kaum india yang telah dibuatnya sepanjang menjadi pemimpin dalam cawangan MIC.

Sehubungan dengan itu beliau telah menawarkan lima tiket penerbangan pergi balik ke Chennai,India, pada satu cabutan bertuah kepada wakil-wakil MIC yang layak untuk mengundi, sekiranya beliau berjaya memenangi dan menduduki kerusi Jawatankerja Pusat MIC nanti.


dollah yankee- macam mana dengan saudara James Selvaraj? ini tahun lagi lawan ka..?!

No comments:

Post a Comment