suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, September 09, 2009

MIC polls: Meet the 3's stooges






Apa agaknya nasib G.Palanivel yang mana pada pemilihan MIC tahun 2006 telah mendapat laluan yang selamat dan mudah untuk menewaskan Datuk S.Subra berkat sokongan yang tidak berbelah bagi dari Presiden MIC S.Samy Vellu terhadapnya.

Yang jelas, G.Palanivel pada mulanya agak selesa dan gembira untuk mengharungi pertandingan ini selepas Samy Vellu mengumumkan yang dia akan mewarisi kerusi presiden pada pemilihan tahun 2012.

Tetapi ramai ahli-ahli MIC tertanya-tanya kenapa G.Palanivel tiba-tiba sudah tak cukup tidur, makan sudah tak lalu, dan badannya yang agak berbau sebab mandinya pun sudah tak basah.

Rupa-rupanya G.Palanivel sudah dapat menghidu sesuatu yang busuk bila mana pertandingan untuk jawatan nombor dua sudah menjadi tiga korner, dan 'tone' si Samy Vellu telah berubah tentang pengundurannya pada tahun 2012 nanti, bila dia berkata dia hanya akan berundur tetapi dengan syarat G.Palanivel mestilah berjaya mempertahankan kerusi nombor 2nya itu pada pemilihan 12hb nanti.

Kebusukan yang dihidu itu bertambah bau busuknya dengan kehadiran S.Sothinathan yang merupakan 'anak emas presiden' sebagai salah seorang calon Timbalan Presiden MIC untuk memeriahkan pertandingan kepada tiga korner.

G.Palanivel yang sudah 30 tahun bersama-sama MIC mula merasakan sesuatu dan menyedari yang Samy Vellu tidak akan undur dengan mudah pada tahun 2012 bila berlaku pertandingan tiga korner ini.

Apabila ada tiga korner, ini bermakna undi sebanyak 1,480 akan berpecah, margin kemenangan dijangka kecil dan ketiga-tiga calon ini terpaksa bertarung untuk hidup dalam dunia politik, kerana jika siapa kalah beerti siapa 'bungkus'.



dollah yankee- s.subra tidak akan kempunan sekali ini dan dijangka menang. tetapi kemenangan itu tak akan lama sebab subra akan dipancung dengan kes 30 undi tahun 1977.. kah.. kah.. kah.. sothi kalah, palanivel bungkus, subra pula akan ternga-nga... cekap, memang si Sammy Vellu ni master..si-fu..tok guru..

2 comments:

  1. Tak faham sangat kestoogesan ini semua. Tapi koner ketiga nampak macam memecahkan undi. Kesetiaannya sukar diragui. Apapun, kita tunggu sehingga 2100, siapa top dan on top...

    ReplyDelete
  2. yang jadi 3s stooges tu bukan apa ... hang luku aku, aku pijak kaki dia, dia tumbuk perut hang ... depa tiga nie lebih kurang macam tu laa ...samy dia tunggu PRU-13, kalau dia nampak kelam, dia angkat bungkuih, kalau dia nampak cerah, orang lain kena bungkuih...

    ReplyDelete