suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, September 04, 2009

MIC Polls: G.Palanivel, please take guard !

Melihatkan kepada keadaan kesihatan Samy Vellu yang masih lagi 'steady', yang masih lagi kuat untuk berkempen kesana dan kesini, maka dalam pemilihan parti MIC yang akan berlangsung nanti, gurkah-gurkah di 'port' sudah dapat khabar yang G.Palanivel akan dan mungkin terpaksa menggigit jari sendiri.

Sebabnya jika G.Palanivel berjaya memenangi jawatan nombor-2 dalam MIC itu, maka MIC akan menyaksikan seorang presiden baru pada tahun 2012.

Ini kerana Presiden sekarang Samy Vellu, telah berjanji sebelum ini semasa berkempen untuk 'team'nya pada pemilihan 12 september nanti, telah menyatakan beliau akan menyerahkan kerusi nombor satu itu kepada timbalanya pada tahun 2012 nanti jika Palanivel menang jawatan Timbalan Presiden MIC.

Jadi G.Palanivel kena lah berhati-hati sebab melihatkan keadaan Samy Vellu, tak mungkin dia akan menyerahkan kerusi kesayangan itu dengan mudah.

G.Palanivel akan ditentang oleh musuh lama Sammy Vellu iaitu S.Subramaniam dan S.Sotinathan.


dollah yankee- berani bertaruh berapa saja ... G.Palanivel akan bungkus sekali ni.

1 comment:

  1. Kita berduapun elok naik kuda jumpa Chief, sebab dia yelmu afa fakai, saya nengok dia makin muda...

    ReplyDelete