suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, September 02, 2009

MCA, Soi Lek & Tee Keat





Berjumpa dengan seorang kawan cina yang ada jawatan dalam MCA bahagian, dan ayat mula-mula yang keluar ialah, "..apa macam MCA?."

"..Ini Ong Tee Keat, dia cakap banyak pusing-pusing woo.." jawabnya.

Hari itu, bila Chua Soi Lek berusaha untuk memanggil satu EGM untuk membincangkan tentang perkara-perkara panas yang sedang dihadapi Chua Soi Lek dan Ong Tee Keat serta masalah dalaman MCA, Tee Keat dan teamnya berkata EGM itu tidak perlu kerana dikatakan boleh memecahbelahkan parti.

Tapi sekarang presiden sendiri yang mengumumkan bahawa satu EGM akan diadakan. Ini bukan pertama kali dia cakap pusing-pusing, tapi sudah banyak benda bikin dia punya otak tarak balance. Ini laa Tee Keat, sebab dulu dia banyak ikut Dollah Badawi 'kaki tidor', dia pun sudah kena penyakit 'flip-flop', tambah sahabat cina ini.

Semua 'delegates' nanti konpius, mana satu yang betul. Katanya yang juga merupakan salah seorang wakil bahagian MCA.

____________________________________________________________

Sementara itu gurkah-gurkah dan kader-kader serta penyokong-penyokong Chua Soi Lek tetap meneruskan tugas mereka untuk mendapatkan 800 tandatangan wakil-wakil, iaitu jumlah yang diperlukan untuk membolehkan satu EGM dipanggil.

Tugas-tugas itu tetap diteruskan biarpun Tee Keat telah mengumumkan memanggil satu EGM yang dikatakan satu tindakan yang lebih pantas daripada Soi Lek.

Jika mereka ini berjaya mendapatkan suku tandatangan daripada 2400 wakil-wakil ini, ianya merupakan satu sejarah ulangan dimana dua EGM telah dipanggil yang berlaku di-sekitar tahun 1985-86 dulu.

Kader-kader ini juga sebenarnya bimbang jika keputusan memanggil EGM yang dibuat Tee Keat yang bertujuan mensasarkan untuk mententeramkan keadaan di akar umbi boleh membantutkan usaha mereka untuk mendapatkan sokongan daripada wakil-wakil yang atas pagar ini.

Namun begitu dipahamkan mereka tetap berusaha untuk mencukupkan jumlah tandatangan dan tidak akan berhenti sehingga cukup untuk membolehkan satu EGM dijalankan.

Gurkah-gurkah untuk Soi Lek juga sedang mendesak wakil-wakil yang menyokong kem Soi Lek agar hadir pada EGM yang dipanggil oleh Tee Keat untuk membantah usul-usul yang akan dibangkitkan yang berkaitan dengan Soi Lek nanti.

Ada seorang Ahli Jawatan Kuasa pusat, seorang yang cukup berpengaruh dalam MCA, orang lama dalam MCA dan merupakan ko-ordinator untuk team yang menyokong 'EGM Chua Soi Lek' berkata, mereka akan meneruskan rancangan mereka untuk EGM itu biarpun ia akan menjadikan dua EGM akan berlaku. Beliau juga tidak tahu apa resolusi EGM Tee Keat nanti.

Dia juga menambah bahawa respon kepada sokongan untuk 'EGM Chua Soi Lek' telah banyak diterima.


dollah yankee- gurkah part-time

Nota:- Ah Teik dari seorang wakil dari MCA Sungai Petani, adalah orang Liow Thong Lai, jadi dah tentu dia sokong Tee Keat... so sorry laa kawan yang suruh aku tolong cari dua,tiga wakil untuk sokong Soi Lek, dan petang ini akan jumpa Albert seorang lagi wakil MCA dari Bagan, yang juga seorang former classmate.
..

1 comment:

  1. Dollah Yankee, konpius itu akankah merebak ke 1Malaysia..?

    ReplyDelete