suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, September 08, 2009

MCA.. bila-bila masa sahaja..



MCA telah dikhabarkan akan kehilangan jawatan menteri dan timbalan menteri dalam satu rombakan kabinet yang dijangka akan dibuat sebelum pembentangan bajet pada 23 Oktober nanti.

Gurkah dari MCA ada memberikan maklumat yang kira-kira dua,tiga bulan dulu, pemimpin-pemimpin di Selangor dan Kuala Lumpur telah mendapat khabar yang 95% ada asas dan benar bahawa kuota menteri dan timbalan menteri cina dari MCA akan dikurangkan.

Kekosongan yang diambil dari MCA akan diisi oleh calon yang bukan terdiri dari ahli politik.

Pada masa ini MCA mempunyai empat menteri penuh dan tujuh timbalan menteri.

Adalah dipahamkan yang Presiden MCA, Ong Tee Keat yang sudah pun bersiap sedia untuk ke medan perang berjuang bagi mempertahankan jawatannya dalam perebutan kuasa dengan Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai serta penglibatannya dalam isu yang cukup kontrovosi dan menggemparkan berhubung dengan derma politik RM10 juta, adalah antara yang telah disenaraikan dan menduduki ranking nombor satu yang akan dikeluarkan dari kabinet.

Angin-angin yang menghembus untuk Ong Tee Keat dikeluarkan dapat diandaikan bila dia sendiri yang mengatakannya bahawa dia mungkin boleh hilang jawatannya dalam kerajaan akibat krisis dalaman parti MCA dan pembongkaran tentang skandal PKFZ.

Ahli-ahli parti termasuk gurkah-gurkah telah mengandaikan kenyataannya itu adalah tanda-tanda awal dan isyarat yang dia mungkin tidak dapat mempertahankan jawatan menterinya itu dengan lama.

Dikhabarkan juga sebenarnya isu skandal PKFZ yang melibatkan bertan-tan wang dan ramai pihak, termasuk bekas-bekas pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan Najib telah cuba melambatkan sebarang tindakannya kerana berharap isu ini akan dilencongkan daripada terus diperkatakan umum secara berterusan.

Sekarang, untuk memastikan skandal PKFZ ini tidak dibincangkan secara berterusan, Najib perlu memilih seseorang yang tidak ada sebarang kontrovosi atau rekod buruk untuk mengambilalih dan mengawal situasi dan keadaan.



dollah yankee- patut laa Chua Jui Meng dalam kenyataannya kelmarin telah menyeru agar semua ahli-ahli MCA 'join' PKR/PR.

No comments:

Post a Comment