suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, September 05, 2009

Krisis MCA: Sudah 'Buka Meja' !!!

Tee Keat, Soi Lek dan Tiong Lai mungkin sudah capai keputusan untuk selesaikan pertikaian dan perebutan kuasa didalam parti MCA. Ada gurkah telah memberitahu, penyelesaian secara 'buka meja' mengikut adat-adat kepala gangster cina tersebut berlaku kelmarin.

Kumpulan Dr.Chua diwakili oleh Datuk Seri Tan Chai Ho dan Loh Seng Kok, manakala kumpulan Ong Tee Keat telah diwakili oleh Datuk Wong Foon Meng dan kumpulan Liow Tiong Lai diwakili oleh seseorang yang tidak dikenali.

Dalam perjumpaan ini, kumpulan Liow Tiong Lai telah mendesak agar Tee Keat melepaskan jawatannya itu selepas Soi Lek dipecat dan mereka hendaklah memberi laluan kepada seorang presiden baru iaitu Liow Tiong Lai dan Kong Cho Ha untuk mengambil tempat dan mengemudi MCA.

Kumpulan ketiga dalam MCA ini yang menyokong Liow Tiong Lai telah menawarkan kepada Dr.Chua satu formula jalan penyelesaian dalam isu perebutan kuasa diantaranya dengan Tee Keat. Dan sekiranya Dr.Chua bersetuju, kumpulan ketiga ini akan mendesak Tee Keat untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden MCA.

Mengikut perancangan, kumpulan ketiga ini akan berjumpa dengan sendiri dengan Tee Keat untuk menerangkan formula penyelesaian itu pada satu mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 11 September ini.

Namun bagaimanapun menurut gurkah ini, biarpun perbincangan 'buka meja' itu telah mencapai kata dan formula penyelesaian, namun memang diketahui bahawa semua ahli MCA tahu akan sikap Tee Keat yang orang jenisnya akan berjuang habis-habisan hingga ke titisan darah yang terakhir dimana Tee Keat selalu dengan penuh megah akan berkata "..i want and let me die as a viking..!".

Kumpulan ketiga ini mahukan Tee Keat dan Soi Lek mengikut jejak langkah Ling Liong Sik dan Lim Ah Lek yang telah melepaskan jawatan masing-masing dalam krisis perebutan kuasa suatu ketika dulu dan memberi laluan kepada orang lain sebagai presiden dan timbalan.

Dalam pada itu ada pula gurkah-gurkah 'melayu' disini (Pulau Pinang) yang bekerja untuk Dr.Wee Ka Siong telah membuat gerakan yang tak disangka-sangka bila mereka telah mencadangkan kepada wakil Liow Tiong Lai agar dipasangkan dengan Wee Ka Siong daripada berpasangan dengan Kong Cho Ha, namun cadangan itu telah ditolak bulat-bulat kerana gurkah-gurkah 'melayu' ini tidak mengetahui bahawa Wee Ka Siong adalah merupakan sahabat yang sangat karib dengan Tiong King Sing, orang yang mendakwa menjadi kontrovosi setelah merasuah MCA dan Tee Keat dengan jumlah wang sebanyak RM10juta dalam skandal PKFZ.



dollah yankee- kalau dengar kepada gurkah-gurkah 'melayu' ini cakap cina, aku jamin semua orang akan ternganga, itulah hebatnya gurkah-gurkah ini.

No comments:

Post a Comment