suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, September 26, 2009

Krisis MCA: Menanti peranan "Taiko-Tai"




Seorang 'informer' untuk gurkah-gurkah politik di'port', yang merupakan seorang pegawai khas kepada seorang tokoh MCA disini, telah memberikan maklumat yang cukup menarik kepada gurkah-gurkah ini kelmarin pagi.

Gurkah-gurkah ini diberitahu yang gurkah-gurkah dari kem Chua Soi Lek dijangka menggunakan pendekatan perkhidmatan dan pengaruh 'Taiko-Tai' atau 'Big-Brother' atau 'Abang-Besar' MCA, iaitu bekas Presidennya Tun Ling Ling Sik, untuk membantu Chua Soi Lek pada hari-hari terakhir sebelum menjelangnya EGM MCA (Mesyuarat Agung Luar Biasa) yang telah dipanggil Ong Tee Keat.

Menurut 'informer' itu, dengan masa yang hanya tinggal lagi dua minggu sebelum EGM 3 sepuloh, iaitu pada 10hb, bulan 10, jam 10 pagi itu, ianya masih terlalu awal untuk gurkah-gurkah Chua Soi Lek bertindak menggunakan semula 'Taktik 2008', bagi membantu Chua Soi Lek merampas kuasa dan menggulingkan Ong Tee Keat.

'Taktik 2008' ini telah digunakan oleh Chua Soi Lek semasa pertandingan pemilihan MCA merebut jawatan nombor 2 dalam parti tahun lepas dengan menggunakan khidmat 'Taiko-Tai' ini.

Benar lah seperti apa yang selalu gurkah-gurkah di'port' ini cakap yang 'Taiko-Tai' ini yang telah bersara atas arahan pada 2003 dulu selepas 17 tahun berkuasa dikerusi nombor-1 MCA, sebenarnya masih lagi mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam MCA untuk sebarang keputusan, dan MCA masih lagi akan mendengar cakap dan arahan-arahan beliau.

'Taktik 2008' yang dimaksudkan ialah bagaimana 2 hari sebelum menjelangnya pemilihan pucuk pimpinan MCA pada Oktober 2008, Ling Liong Sik telah membuat dua perjumpaan dengan perwakilan-perwakilan yang 'diatas pagar' yang akan mengundi pada pemilihan tersebut.

Satu perjumpaan dibuat dengan wakil-wakil 'level' bawahan disebuah hotel 6 bintang, dan satu lagi perjumpaan dengan wakil-wakil di 'level' atasan yang terdiri daripada taiko-taiko atau ketua-ketua, yang dibuat dikediaman Liong Sik. Dan dikhabarkan juga wakil-wakil yang kaki 'yam-seng' , selesai perjumpaan itu telah mabok sakan termasuk lah bos 'informer' kami ini.

Sebelum dua perjumpaan dengan wakil-wakil 'atas pagar' itu, seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Ong Ka Chuan, yang telah mendapat sokongan yang cukup 'solid' dari perwakilan-perwakilan ini untuk Ka Chuan duduk sebagai Timbalan Presiden.

Bila Chua Soi Lek mendapat 'news' mengatakan yang dia sudah tidak punya harapan lagi untuk menang, Soi Lek pun mengadap 'Taiko-Tai' ini dengan 'Taktik 2008', dan 'abang-besar' ini pada dua perjumpaan itu, telah mengarahkan perwakilan 'atas pagar' ini, yang telah pun membuat keputusan untuk memberikan undi mereka kepada Donald Lim supaya mereka membuat pusingan 360 darjah dengan undi yang sepatutnya untuk Donald, di'swing'kan kepada Chua Soi Lek.

Taktik itu berjaya, dan pada jam 3 pagi hari pemilihan, Ong Ka Chuan sudah pun tumbang ditangan Chua Soi Lek sebelum pengundian secara resmi bermula.

Berbalik kepada EGM 3 sepuloh nanti, sehingga ke pagi ini, situasi semasa menunjukan yang EGM yang dipanggil ini tidak akan memihak kepada Ong Tee Keat kerana Chua Soi Lek sedang mendahului dengan satu langkah dihadapan Tee Keat.

Namun, jika pada saat-saat akhir nanti keadaan bertukar corak, Chua Soi Lek sudah tidak punya pilihan, dan terpaksalah dia menggunakan semula 'Taktik 2008', untuk mendapatkan sokongan perwakilan melalui perkhidmatan 'Taiko-Tai' ini.

Sementara itu, strategi Tee Keat yang telah memanggil semua perwakilan untuk satu majlis jamuan makan malam diwisma MCA pada malam sebelum EGM itu nanti dengan tujuan untuk mencuci kepala otak perwakilan, dikatakan tidak mampu membantu Tee Keat jika 'Taktik 2008' telah terlebih dulu digunakan oleh Soi Lek sebelum jamuan ini.

Gurkah-gurkah ini juga diberitahu, jika tidak kerana kemunculan semula DVD-Seks Chua Soi Lek hasil daripada taktik murahan yang dikatakan dilakukan oleh penyokong-penyokong Tee Keat, krisis ini tidak akan berlaku.

Akibat daripada taktik murahan inilah juga yang akan menyebabkan Tee Keat tersungkur, dan Tee Keat akan melakar sejarah tersendiri sebagai presiden paling singkat dalam sejarah MCA.



dollah yankee- gurkah-gurkah di'port' ini sebenarnya menyokong habis-habisan soi lek, sebab semasa soi lek menjadi menteri kesihatan dulu, gurkah-gurkah ini ada juga dapat dua tiga projek dihospital-hospital.

No comments:

Post a Comment