suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, September 15, 2009

Kalau ada lebih tu, tolak-tolak laa sini sikit !!!




SYED MOKHTAR DOK USHAR PROTON

Hartawan yang 'low-profile' , Syed Mokhtar Al-Bukhary diberitakan sedang dok 'ushar' kepentingan dalam Proton Holdings Bhd.

Berita awal minatnya untuk memasuki Proton telah disebut oleh seorang blogger. Dia dikatakan sedang merancang untuk berkerjasama dengan Kisai Rahmat, bekas pengarah eksekutif Proton yang bertanggung jawab dalam hal pengeluaran dan kejuruteraan pembuat kereta nasional itu untuk cuba mengambil alih kepentingan 42.74% dalam Khazanah Nasional Bhd.

Menurut sumber dari seorang gurkah politik, kepentingan itu boleh diambil alih melalui DRB-HICOM Bhd., syarikat yang Syed Mokhtar mempunyai kepentingan sebanyak 56%.

Secara tak resmi memang Syed Mokhtar berminat dan mahukan bahagian itu dari Khazanah. Tak pula dipastikan sama ada Syed Mokhtar sudah pun mula 'negotiate' dengan Khazanah.

Ini pun bukanlah kali pertama yang DRB-HICOM telah digunakan sebagai kuda tunggangan untuk mengambil alih kepentingan Khazanah kerana DRB-HICOM pernah cuba untuk mengambilnya pada tahun 2006.

DRB-HICOM juga bukanlah orang asing dengan Proton kerana syarikat ini pernah memegang 27% kepentingannya sehinggalah ia dijual kepada Petronas pada tahun 2000.

Apa pun dalam 'game' ini, Kisai Rahmat adalah cukup beruntung dan boleh menjadi gaji mata dua sebab jika tak jadi kerjasamanya dengan Syed Mokhtar, dia boleh jumpa Kumpulan Naza untuk bersama-sama mengambil alihnya kerana suatu waktu dulu arwah SM Nasimudin pun pernah cuba untuk mengambilnya tapi hasrat itu tak kesampaian.



dollah yankee- ada duit apa pun boleh jadi, syokkk...tengok orang ada fulusil (fulusil perkataan kesukaan sdr. zubli nordin)..P.Ramlee pun suka kata ... fulus al-mahfoz...

1 comment:

  1. Raja Petra : Surat Sumpah Altantuya [Episod 1] - Versi Bahasa Melayu

    sila ke sini untuk menonton!!!
    gomalaysian.blogspot.com

    Selamat Menyambut Hari Malaysia! :)

    ReplyDelete