suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, September 13, 2009

Isa Samad ... Boooo...!!!

Apa-apa hal pun pada esok 14hb saja, akan bermula apa-apa juga perkara-perkara dan berita-berita tentang pilihanraya kecil di-DUN Bagan nanti.

Sementara itu pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang kita semua dah tak sabar-sabar, adalah pilihanraya kecil yang ke-9 sejak selesainya pilihanraya umum ke-12 pada 2008, dan ini juga dikatakan akan menjadi pilihanraya kecil yang kritikal untuk UMNO dan BN.

Bagan Pinang, satu Malaya tahu adalah kubu kuat UMNO dan mereka mesti menang, sebab pada lapan pilihanraya kecil lepas, kedudukan dan angin perubahan sedang memihak kepada Pakatan Rakyat dengan kedudukan PR-7 dan BN-1.

Bunga-bunga sabotaj dari ahli-ahli parti UMNO sendiri sudah jelas bakal berlaku. Ini kerana dikhabarkan UMNO Teluk Kemang tetap keras kepala dengan keputusannya akan memberikan hanya satu nama kepada kepada pihak atasan iaitu Isa Samad untuk dijadikan calon pada pilihanraya kecil itu biarpun menteri besar mereka dan timbalan presiden parti mereka mahukan bahagian menyenaraikan lebih dari satu nama.

Isa Samad pula sudah tidak sabar-sabar nak masuk ke 'ring', dan 'glove' baru sudah pun dibeli dan sedang menyesuaikan dirinya dengan 'glove' baru itu.

Isa Samad juga sudah tidak peduli lagi apa pun 'mood' rakyat bawahan dan akar umbi, yang menurut berita yang dibawa kepada gurkah-gurkah politik mengatakan, Isa Samad tak sepatutnya dijadikan calon pada pilihanraya kecil ini.

'Port-port' politik disana, yang sejak seminggu lalu tetap meriah biarpun semua orang sedang berpuasa, telah menjadi medan perbincangan dengan persoalan, apa kah UMNO sudah tiada lagi calon-calon lain yang lebih baik daripa Isa Samad, dan terpaksa mengharapkan kepada 'kuda tua' yang dah nak mamposs ini? Atau pun Isa Samad selalu jolok penyokong-penyokongnya dengan habuan-habuan yang baik, sehinggakan mata mereka sudah kelabu untuk nampak orang lain?

Cakap-cakap penyokongnya juga sudah besar bila dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan untuk penyokong-penyokong 'tegar' Isa Samad telah berkata, UMNO tidak akan mampu menandingi PR jika bukan dia yang menjadi calon pada pilihanraya kecil di DUN Bagan Pinang itu.



dollah yankee- kita ucap selamat laa pada Isa samad sekiranya dia berjaya menjadi calon

No comments:

Post a Comment