suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, September 27, 2009

Hasan Ali selepas menonton VCD 'Padayappa'



Dia seorang penceramah motivasi yang cukup hebat sebelum dia memasuki dunia politik. Tetapi dalam dunia politik ini, 'tone' memang lain dari dunia luar. Jadi bila dia cuba nak 'adapt' dunia luar dia dalam politik, sudah tentu keadaan akan menjadi 'caca-marba'.

Itu yang dok jadi sekarang ni. Memang Hasan Ali telah menjadi ahli politik yang yang paling panas dalam Selangor pada hari ini, tetapi panas bukan sebab dia bijak berpolitik, tetapi panas sebab kebodohan beliau dalam menangani sesuatu isu.

Kaki-kaki botol di Selangor sekarang cukup bengkak dengan cara-cara Hasan Ali dalam mengatasi masalah arak. Idea-idea 'gila' Hasan Ali dan tindakannya telah menyebabkan kaki-kaki botol bukan islam menganggap dan mengandaikan kebebasan mereka untuk mabok dan 'yam-seng' akan disekat.

Apabila Hasan Ali mendapat tempat didada-dada akhbar sepanjang musim raya ini, dia jadi macam 'kaduk naik junjung' dan dia pun naik minyak dengan pergi lebih jauh dalam usaha untuk menjadi 'padayappa'.

Terbaru, bila dia menyerang SELCAT. Maklumat yang kami terima mengatakan yang kaki-tangan dan pegawai-pegawai kerajaan dalam negeri Selangor sebenarnya sudah tidak sabar untuk melondehkan hal-hal dan perkara-perkara busuk, pekung-pekung yang ditutup, dan bagaimana rakyat dipermainkan dan diperbodohkan yang berlaku disepanjang mereka bekerja ketika dibawah pentadbiran BN.

Ini lah masalahnya apabila dia dan Khir Toyo mengadakan perbincangan selepas terpedaya dengan cadangan Khir Toyo untuk bekerjasama menubuhkan kerajaan bersama umno-pas dan dia akan dilantik menjadi MB.




dollah yankee- Hasan Ali 'join' politik tahun 1998, baru 10 tahun, cap jari pun tak kering lagi...

1 comment:

  1. Latest Raja Petra Video With Bahasa Translation @ GoMalaysian.Blogspot.Com
    RPK Speaks His Mind - Pengalaman Semasa Dalam Kurungan ISA Pertama

    ReplyDelete