suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, September 26, 2009

'Hand Phones'



Cell phone, atau diMalaysia cukup dikenali sebagai hand phone pada hari ini sudah menjadi sebahagian dari kehidupan harian kita, dan kita boleh jadi kelam kabut apabila kita meninggalkan rumah tanpa membawanya bersama.

Ada yang lebih brutal bila mereka mengatakan mereka tidak boleh hidup tanpa hand phone. Dan yang paling menarik bila hampir semua orang yang memiliki hand phone dikatakan tidur bersama-sama dengan hand phone mereka disebelah.

Bagi mereka yang memiliki hand phone, mereka akan rasa teruja apabila hand phone mereka berdering atau ber'beeps' ketika menerima SMS (sistem pesanan ringkas).

Melihat kepada perkembangan ini, menunjukan yang hand phone sebenarnya telah menawan hidup kita dan kita sebenarnya telah menjadi hamba kepada hand phone dan tidak keterlaluan jika dikatakan hand phone juga telah menjadi seperti penyambung hidup kita.

Di Malaysia, dianggarkan pemilik hand phone melebihi dua kali ganda pemilik tv dan empat kali ganda pemilik komputer peribadi.

Biar betapa pentingnya hand phone kepada kehidupan seharian kita, namun bagi kebanyakan orang apabila ditanya antara hand phone dan beg-duit yang mana sering bertukar ganti, jangan terkejut kalau jawapannya ada lah hand phone.

Impak kepada SMS atau sistem pesanan ringkas juga memainkan peranan yang cukup utama sebagai alat perhubungan dimana pada suatu ketika, lafaz penceraian juga telah menggunakan hand phone dan mereka berpendapat adalah lebih senang dan mudah jika melafazkannya melalui SMS.

Biar bagaimana canggih sekali pun hand phone yang dimiliki, namun namun masih ramai yang tidak menafaatkan penggunaannya dengan seratus peratus dan ada yang hanya tahu menerima panggilan masuk dan membuat panggilan keluar sahaja, disamping menggunakannya sebagai jam gerak, mengambil gambar dan video dan bermain permainan video.



dollah yankee- emak aku yang berumur hampir 80 tahun pun guna hand phone ...

No comments:

Post a Comment