suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, September 28, 2009

EGM MCA: Status pagi ini



Kalau mengikut kepada keputusan 'on-line poll' yang dibuat khusus untuk ahli-ahli MCA oleh www.kwongwah.com.my , dan telah ditutup tengah malam semalam, Ong Tee Keat telah dilihat sedang mendahului satu langkah dihadapan musuh utama beliau Chua Soi Lek, apabila 62% responden telah meyokong Tee Keat untuk EGM pada 10 hb nanti, dan 62% itu merasakan Soi Lek yang telah mencemarkan nama parti tidak layak untuk memimpin. Manakala 32% menyokong dan berada dibelakang Chua Soi Lek.

EGM ini telah dilihat sebagai satu pertarungan yang ..., kalau menang...menang semua dan kalau kalah... kalah semua bagi kedua-dua musuh ketat ini.

Namun gurkah-gurkah Soi Lek telah berkata 'on-line poll' ini sebenarnya salah satu taktik Ong Tee Keat untuk melemahkan moral dan keyakinan 1200 perwakilan yang telah menandatangangi borang persetujuan memanggil EGM yang dicari oleh kem Soi Lek.

Ketika Tee Keat sedang senyum melihat rankingnya naik melebihi Soi Lek, dia dikejutkan pula dengan lapuran terkini yang Soi Lek pula dihadapan, bila ada berita mengatakan Chor Chee Heung, AJK Pusat, pula telah menundukan tanda-tanda positif menyokong Soi Lek biarpun masih belum membuat kenyataan secara resmi.

Tee Keat setelah melihat kepada perkembangan Chor Chee Heung ini, kini sedang menaruh harapan dan berharap kepada Donald Lim dan 25 undi perwakilan yang akan dibawa Donald Lim dari MCA Bahagian Petaling Jaya, yang akan membuat kenyataannya kepada siapa sokongan itu akan berarah. Sama ada Tee Keat atau Soi Lek.

Diberitahu yang gurkah-gurkah bagi kedua-dua kem Soi Lek dan Tee Keat ada dan telah pun bertemu dengan Donald Lim bagi mendapatkan sokongan beliau dalam EGM ini.



dollah yankee- Gurkah-gurkah politik cina lagi hebat...

No comments:

Post a Comment