suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, September 30, 2009

EGM MCA: Kumpulan 3 pulak dahhh..!

Apabila melihat Liow Tiong Lai dok buat-buat kalut bersama-sama dengan presiden MIC Samy Vellu dan Mahyudin diatas pentas di Bagan Pinang semasa majlis pengumuman calon UMNO/BN untuk pilihanraya kecil itu kelmarin, telah menyebabkan gurkah-gurkah mengesahkan yang memang ujud kumpulan ketiga dalam MCA yang sedang bergerak dan melangkah laju tanpa kesan.

Kumpulan ketiga ini sedang bergerak laju untuk mengeluarkan Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek daripada MCA dan meletakan satu pasukan baru dengan seorang ketua baru pada sidang EGM MCA 10hb nanti dan jangan terkejut dan tak sangka, chempedak boleh jadi nangka

Kumpulan ketiga ini sudah pun menyiapkan rancangan mereka untuk meluluskan resolusi pertama dan kedua EGM, iaitu meyokong dan meluluskan undi tak percaya terhadap Ong Tee Keat, dan resolusi kedua pula membatalkan keputusan pergantungan sebagai ahli MCA terhadap Chua Soi Lek, tetapi akan menolak resolusi ketiga EGM iaitu, mengembalikan semula jawatan Timbalan Presiden parti MCA kepada Chua Soi Lek.

Kumpulan ketiga ini adalah kombinasi antara taiko-taiko lama dan tua dalam MCA dan kumpulan-kumpulan yang berkecuali.

Yang nampak dalam kumpulan ketiga ini ialah muka-muka lama yang satu masa dulu tak berlaga angin antara satu sama lain macam Chan Kong Choy, Ong Ka Chuan, Donald Lim dan lima enam orang lagi orang-orang lama yang ada nama.

Pada mula-mula dulu, kumpulan ketiga ini pada asalnya diujudkan hanya untuk menyokong dan melatih atau 'groom' Kong Cho Ha dan Liow Tiong Lai sebagai barisan pelapis yang akan mengambil alih tempat dalam MCA selepas Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Tetapi bilamana keadaan haru biru yang sedang berlaku dalam MCA membuatkan kumpulan ini bertukar fikiran dan orang-orang lama ini akan back-up team baru ini dari belakang.

Kumpulan ketiga ini juga tidak kurang hebat bila dikatakan 30% daripada 2,400 perwakilan pada EGM itu juga boleh memberikan sokongan mereka bila-bila masa saja kalau butang sudah dipetik kepada kumpulan ini, ini juga sudah cukup baik untuk membuatkan Tee Keat sakit perut dan Soi Lek demam tak kebah sebab mereka dok rasa gambar dah nampak nak jadi lain macam.



dollah yankee- bila tengok pada gambar-gambar Liow di Bagan Pinang kelmarin, sahhh....kumpulan ke-3 ini boleh menyelit kot tengah..

No comments:

Post a Comment