suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, September 19, 2009

DURIAN



Tahukah anda semua bahawa durian telah tersenarai sebagai antara makanan yang aneh dan luar biasa dalam dunia?

Laman web pengembaraan www.virtual-tourist.com baru-baru ini telah menyenaraikan 10 makanan paling aneh dan pelik berdasarkan tinjauan penyelidikan diantara ahli-ahlinya.

Raja segala buah atau durian ini telah memasuki senarai antara makanan aneh dan pelik diatas bumi ini dan disenaraikan ditempat kelima.

Tersenarai di-nombor satu ialah Kek Darah Babi dari Taiwan, ianya manis, sedikit melekat dan snek ini dimasak daripada darah babi dan beras. Ia juga dilapurkan menjadi makanan kesukaan seorang aktor Australia Hugh Jackman.

Ditangga kedua ialah sotong hidup, makanan yang menyelerakan bagi orang-orang Korea Selatan.

Ini diikuti dengan Belalang Uganda yang mana boleh dimakan secara mentah atau pun dimasak.

Ditempat keempat ialah Daging Burung Merpati yang mana ianya ada dihidangkan direstoran-restoran mewah di Peranchis.

Lain-lain ialah Wine Ular dari Vietnam, daging Keldai dari Italy dan daging Burung unta dari Afrika.



dollah yankee- pernah termakan sup kura-kura lama dulu semasa di Norway...

No comments:

Post a Comment