suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 17, 2009

"Debt collector" tercanggih abad ini.



Ada orang hutang anda tapi mereka tidak mahu bayar? Anda boleh cuba hubungi "Mohd" di talian 016-6444448 untuk mendapatkan khidmatnya yang dianggap tercanggih abad ini.

"Mohd" ini telah menemui satu kaedah terkini yang cukup canggih dan inovatif serta dijamin bebas daripada menghadapi sebarang masalah untuk membantu mana-mana kliennya bagi menagih semula hutang-hutang mereka.

"Mohd" mendakwa bahawa dia tidak perlu bertindak ganas atau menggunakan taktik-taktik kotor kepada si-penghutang yang keras kepala dan ketegar untuk membayar hutang mereka kerana dia tidak akan menggunakan khidmat kaki pukul atau pun khidmat tenaga manusia untuk melakukan tugasan tersebut.

Sebaliknya "mohd" akan memerintahkan seekor "Jin", iaitu sejenis makhluk halus yang mempunyai kuasa "super-power" untuk memujuk sipenghutang.

Seorang gurkah politik yang kebetulan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur minggu lepas telah ternampak iklan tersebut di Jalan Salak Selatan dan telah menghubungi dan berbual dengan "mohd" tentang khidmat yang ditawarkannya itu.

"Mohd" berkata, menggunakan "Jin" ini adalah kaedah yang cukup mudah dan cukup efektif untuk menagih semula hutang-hutang anda. Dia juga mengingatkan bahawa perkhidmatannya itu hanya untuk mereka-mereka memberikan hutang dalam nilai juta-juta, ratusan dan puluhan ribu ringgit sahaja. Nilai yang kecil-kecil "mohd" tak layan.

"...jika kita menggunakan tenaga manusia untuk mengutip hutang itu, ianya akan menghadapi banyak sekali masalah..." jelas "mohd" lagi.

"...saya boleh membantu anda dengan memerintahkan "jin" itu dimana, "jin" itu akan terus-terusan memujuk, mengganggu dan mengacau sipenghutang tadi sehinggalah sipenghutang akan segera melunaskan hutang anda, dan setakat ini tiada langsung masalah dan kebanyakan berhutang, akan membayar semula hutang mereka".

"Mohd" berkata, dia hanya memerlukan sekeping gambar atau alamat sipenghutang sebelum dia boleh memulakan tugasnya itu.

Dia juga berkata kepada sesiapa yang inginkan perkhidmatannya itu, mereka tidak perlu memberikan sebarang wang pendahuluan, tetapi selepas sebaik saja si"Jin" tadi telah selesai menjalankan tugasnya maka anda terpaksa membayar wang pengkeras sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan amaun yang telah diterima.

Akhir perbualan, "mohd" berkata..."percayalah saya, "jin" itu telah menjalankan tugasnya dengan cekap sekali..!"



dollah yankee- pernah gelak sakan bila ada cerita kata "jin" sebenarnya pantang dan takut pada keretapi ... kah..kah..kah..!!!

2 comments: