suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 10, 2009

BRENGSEK !!!



Seorang wanita di-Negeri Sembilan telah menghantar pulang pembantu rumah indonesia yang baru satu minggu bekerja dirumahnya, selepas mendapati yang pembantu rumah itu telah memasukan air kencingnya kedalam bekas air minuman untuk keluarganya.

Kebimbangan majikanya selama satu minggu ini telah disahkan apabila majikannya memeriksa rakaman CCTV selepas kakak majikannya itu mengadu ada terdapat bau yang tidak menyenangkan didalam bekas minumannya.

Lebih mengejutkan, majikannya itu telah mendapati yang pembantu rumah itu telah memasukan cecair yang diambil dari dalam bilik air dan memasukannya kedalam cerek dan kemudian memindahkan kandungan dalam cerek itu kedalam bekas air minuman.

Majikan itu berkata yang dia merancang untuk mengesahkan pembantu rumah itu setelah menghabiskan tempuh percubaannya selama satu minggu sebelum itu telah menafikan perbuatan itu, namun setelah ditunjukan bukti rakaman, dia telah mengaku kesalahan itu.

Pembantu rumah warga indonesia yang berumur 30 tahun itu, adalah merupakan kali pertama kunjungannya ke Malaysia untuk bekerja telah berkata, dia mencampurkan air kencingnya dengan air minuman itu disebabkan seorang eakannya yang pernah bekerja di Malaysia telah menasihatkannya berbuat demikian agar majikannya itu dapat melayannya dengan baik.

Dia kemudian telah merayu kepada majikannya itu agar diberi peluang kali kedua, namun majikan itu telah menolak.



dollah yankee- memang berengsek !!!

No comments:

Post a Comment