suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, September 12, 2009

Agak-agak siapa ya yang akan membawa bendera ini ke Bagan Pinang?




Esok jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat untuk menentukan siapa kah yang akan dipilih untuk membawa maruah PAS pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang nanti.

Siapa pun yang dipilih untuk memikul tugas penting dan berat ini, semestinya mesti mempunya daya juang yang tinggi disamping sedikit ilmu kebal yang 'bakar tak hangus, rebus tak hempuk' , atau pun paling koman, 'urat dawai, tulang besi'.

Siapakah calon itu? Apakah Pesuruhjaya PAS negeri, Sdr.Zulkefly Mohammad Omar? Apakah bekas Ketua PAS Teluk Kemang, Sdr.Dr Rosli Yaakob? Atau mungkin juga seorang pejuang dan bekas komando yang berani mati yang juga merupakan Ketu PAS Teluk Kemang Sdr.Ramli Ismail?

Kalau mengikut perkiraan gurkah-gurkah politik 'port', antara ketiga-tiga nama ini sdr Ramli Ismail mempunyai kelebihan untuk dipertaruhkan olih PAS pada PRK itu kerana beliau mempunyai kriteria sebagai bekas komando berani mati dan jenis yang dibakar tak hangus dan direbus tak hempuk.

Sdr Ramli Ismail bekas Pegawai Waran tentera bersara, telah menjadi taruhan utama gurkah-gurkah politik 'port' kerana beliau pernah menjadi calon untuk kerusi yang sama pada PRU-12 lepas, dan sekurang-kurangnya dengan 'title' beliau sebagai bekas anggota tentera ia mungkin mampu menarik undi pos yang menguasai 37% daripada jumlah keseluruhan pengundi di DUN Bagan Pinang yang terdiri daripada anggota-anggota tentera.



dollah yankee- pada pilihanraya kecil kali ini, kita akan berperang dengan tentera..!!

1 comment: