suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, September 06, 2009

ADUN 'mereng'



Semasa disatu majlis berbuka puasa kelmarin telah dibisikan ditelinga aku oleh seorang gurkah politik yang hadir sama dalam majlis itu, yang akan ada dua perkara besar dan penting akan terjadi. Sama ada dua pilihanraya kecil serentak atau pun satu lagi pilihanraya kecil setelah selesainya pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang nanti.

Dikhabarkan yang ADUN Pelabuhan Kelang, Sdr.Badrul Hisham Abdullah yang telah dikatakan oleh Tan Seri Khalid, yang si Badrul ini sudah sikit 'mereng' akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya lama dulu, akan dipaksa supaya melepaskan kerusi DUN Pelabuhan Kelang yang sedang disandangya itu untuk memberi laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil.

SELCAT yang ditubuhkan khusus untuk menjadi mata dan telinga kepada kerajaan PR Selangor, kelmarin pagi telah memanggil si-Badrul untuk mengadap majlis itu tanpa diketahuinoleh seiap pun dan memintanya memberikan penjelasan kenapa beliau yang menjadi ADUN di-atas tiket PKR telah gagal dan telah tidak menjalankan tugasnya sebagai ADUN dengan baik dan berkesan dimana ianya bertentangan dengan manifesto PR dimana semasa berkempen PR telah menjanjikan setiap ADUN PR yang telah dipileh akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat negeri Selangor.

Badrul yang sebelum ini telah diarahkan untuk menjalani satu sesi pemeriksaan kesihatan
untuk mengesan keupayaannya berfikir. Dan lapuran yang diterima menunjukan bahawa tahap pemifikiran si-Badrul ini adalah sangat tidak stabil kerana dia terlalu mudah untuk dipengaruhi dan fikirannya sering tidak menentu ketika ingin membuat apa-apa keputusan.

Kedudukan si-Badrol ini akan diketahui selepas 23 september ini selepas perbincangan dengan Speaker DUN Selangor.

Dalam kes ini nampaknya gurkah-gurkah politik upahan BN telah mula memain dan memanipulasikan cerita ini dengan mengatakan bahawa si-Badrol akan berhenti kerana masalah dalaman parti PKR.


dollah yankee- adalah lebih baik keluarkan saja si-Badrol ini sebelum dia mengeluarkan dirinya dari PR dan memasuki BN, gurkah-gurkah politik telah mendapat berita dari 'underground' yang besar kemungkinan si-Badrol ini akan melompat ke BN.

No comments:

Post a Comment