suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, August 25, 2009

Terkini, Tee Keat VS Soi Lek

Seorang gurkah politik yang menjadi kader untuk MCA telah bercerita perihal berita terkini tentang pertelagahan antara Presiden MCA Ong Tee Keat dan timbalannya Dr.Chua Soi Lek yang kini sudah memasuki babak-babak yang cukup mendebarkan.

Dia memberitahu bahawa perencanaan Soi Lek untuk menjatuhkan Tee Keat akan berlaku pada bila-bila masa sahaja sebaik sahaja mengetahui lembaga disiplin parti MCA yang dibawah penguasaan pemimpin terbaru akan meneruskan siasatan keatas skandal video seknya.

Ini diberitahu sendiri oleh Tee Keat kepada orang-orang penting dalam parti semasa membuat satu perjumpaan rahsia pada ahad lepas.

Gurkah cina ini juga bercerita bagaimana sebelum PRU ke-12 yang lepas, Soi Lek telah memberitahu bahawa dia mengsyaki orang yang menjadi dalang utama dalam kes rakaman video seksnya itu ialah Ong Ka Ting dan timbalannya Chan Kong Choy. Dan yang menyebabkan Ong Ka Ting telah dijatuhkan, Tee Keat telah memberitahu kumpulan yang datang pada perjumpaan rahsia itu.

Tiga hari selepas Tee Keat dipileh menjadi presiden MCA, Soi Lek telah menalipon Tee Keat dan bertanyakan tentang apakah jawatan rasmi yang akan ditawarkan kepadanya nanti.

Tee Keat telah memberitahu kepada orang-orang yang hadir itu bahawa dia tidak memberikan sebarang jawapan kepada Soi Lek kerana pada masa itu Tee Keat masih belum lagi memikirkan tentang isu sebarang jawatan yang sedang diatur untuk Soi Lek ke-dalam mana-mana kementerian.

Seminggu selepas itu spekulasi mula bertiup kencang tentang rancangan Soi Lek yang bukan sahaja hendak menjatuhkan Tee Keat tetapi juga untuk menghancurkan parti MCA.

Tee Keat juga dikatakan sengaja memberitahu kepada yang hadhir dalam perjumpaan rahsia itu yang Soi Lek tidak akan menerima sesiapa pun menjadi Presiden parti kerana Soi Lek sendiri dikatakan mahukan jawatan itu untuk dirinya sendiri.

Gurkah itu terus menambah bahawa Tee Keat juga telah memberitahu mereka yang hadir, Soi Lek tidak layak untuk diberi sebarang jawatan resmi kerana dia tidak memenuhi sebarang kriteria yng membolehkan dia dilantik kerana dia tidak mempunyai taraf sebagai Ahli Parlimen mahu pun sebagai Senator.

Yang menariknya gurkah itu berkata, Najib yang telah telah menerima banyak aduan daripada Soi Lek tentang permasalahan ini telah bertanyakan Tee Keat jika Soi Lek dapat dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin MCA memandangkan Soi Lek tidak mempunyai sebarang jawatan resmi, dan Tee Keat telah memberitahu Najib perkara ini tidak dapat dipenuhi kerana siasatan skandal video sek Soi Lek yang masih lagi belum selesai, dan Tee Keat bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan untuk melantik Soi Lek sebagai Pengerusi MCA Johor.

Namun Tee Keat tidak dapat melantik Soi Lek sebagai Pengerusi MCA Johor kerana telah mendapat maklum balas dari 15 ketua bahagian MCA yang boleh menerima siapa sahaja menjadi Pengerusi Johor kecuali Soi Lek.

Soi Lek terus menerus berjumpa Najib mengadu tentang masalah ini dan akhirnya Tee Keat telah bersetuju dengan Najib melantik Soi Lek sebagai ko-ordinator BN.

Tee Keat juga mendakwa Soi Lek telah menimbulkan banyak masalah dengan mendakwa dia bukan sahaja telah dipertanggung jawabkan untuk menjaga dana-dana yang diperuntukan kepada semua bahagian-bahagian tetapi juga akan memilih siapa calon-calon MCA yang layak untuk diketengah PRU ke-13 nanti.



dollah yankee- memandangkan aku tak sanggup nak duduk lokap makan roti benggali cicah dengan teh 'o' pagi-pagi, makan nasi bungkus dengan air sirap panas, pengakhiran artikel ini terpaksa di censored.... i am soooorryyyyy !!!

No comments:

Post a Comment