suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, August 21, 2009

Tee Keat...Game will over !



Kisah skandal PKFZ semakin hari semakin menarik hati, dan secara tak langsung telah mempengaruhi banyak rakyat bawahan untuk menenggelamkan BN/MCA hanya sedikit waktu lagi.

BRAVO...!!!

Gurkah-gurkah politik di'port' sudah mula bertaruh dengan nilai yang tinggi dan banyak meramalkan yang pada penghujung cerita ini Ong Tee Keat akan tergolek 'dog' dan hanya akan tinggal seluar dalam.

Ini kerana Tiong King Sing telah diketahui ramai bahawa dia mempunyai hubungan politik yang cukup kuat dengan mereka-mereka yang cukup berkuasa diatas sana. Biarpun Ong Tee Keat mengetahui yang lawannya itu mempunyai kedudukan yang kuat baik dari segi kewangan dan kuasa politik, namun ia langsung tidak melenturkan semangat juangnya dan juga tidak mampu untuk memperlahankan langkah serta tidak takut untuk mati.

Dalam sejarah MCA tidak ada Presiden yang mampu untuk menahan serangan yang sedemikian rupa sepertimana yang sedang dihadapi Ong Tee Keat. Sejarah juga menunjukan bekas-bekas Presiden MCA, Lim Chong Eu dan Neo Yee Pan yang terkenal dengan semangat besi juga pada akhir kalam gugur setelah menerima serangan-serangan sepertimana yang diterima Ong Tee Keat.

Benar lah seperti apa yang dikata oleh gurkah-gurkah ini bahawa yang mampu untuk menumbangkan orang-orang yang berkuasa dalam politik Malaysia ini ialah para-para taikoh, towkay-towkay dan big-big boss cina yang ada.

Hampir 95 % taikoh-taikoh, towkay-towkay dan big-big boss cina ini telah meramalkan Ong Tee Keat akan jatuh pada bila-bila masa sahaja, dan nilai pertaruhan yang dipertaruhkan ialah RM100 juta untuk melihat dia jatuh.

Gurkah-gurkah ini yang kenal ramai towkay-towkay besar di Pulau Pinang ini telah diberitahu bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli dalam MCA sanggup menjual diri mereka hanya untuk melihat Ong Tee Keat dihambat keluar dari kerusi presiden MCA.



dollah yankee- ini bukan cerita dalam filem hindu, hero boleh lawan dengan 45 orang.

No comments:

Post a Comment