suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, August 04, 2009

'Surprise konon'

Nampak gayanya menteri baru, yang jaga KDN begitu sibuk sekali. Buat itu, buat ini, sekejab kesana, sekejab kesini.

Demonstrasi jalan pada sabtu lepas yang menentang ISA oleh GMI adalah yang benar-benar membuatkan Hishamudin sakit perut dan demam tak kebah selepas empat bulan menjadi menteri di-KDN.

Apakah mungkin tunjuk perasaan jalanan itu akan mempercepatkan lagi langkahnya untuk membuat beberapa pinda pada akta ISA, sepertimana yang ada dijanjikannya sebelum ini.

Hisham kemungkinan akan mengusulkan pindaan terhadap akta ISA ini pada sesi persidangan parlimen yang akan datang. Dan ini bermakna pindaan itu akan dipercepatkanya setelah terpaksa berdepan dengan rakyat Malaysia yang terpaksa turun ke-jalan raya untuk melahirkan rasa bosan dan tidak puas hati dan memberitahu kepada kerajaan dan Najib betapa kalau tak dihapuskan ISA, sekurang-kurangnya perlukan kajian untuk pindaan.

Apa yang gurkah-gurkah politik di'port' biasa telah nampak ialah bila si-Hisham berkata bahawa dia akan selalu membuat lawatan mengejut ke balai-balai polis diseluruh negara, ini bermakna Hisham sedang cuba untuk menukar imej KDN kepada yang lebih baik terutamanya imej pasokan polis.

Anda semua pasti tahu bagaimana rupa imej pasokan polis kita yang telah digambarkan oleh rakyat bawahan pada hari ini. Oleh itu untuk menukar imej pasokan polis ini kepada yang lebih baik, yang lebih bersih, yang tiada rasuah, yang lebih cekap dan yang lebih mesra rakyat, pastinya akan mengambil masa yang lama.

Apa yang buat gurkah-gurkah ni kata Hishamudin ni bangang ialah dia akan buat 'surprise visit'. Surprise apanya pada zaman hand-phone, zaman sms ni...


dollahyankee- dua puloh tahun dulu ada sorang ketua pengarah cuba nak 'spot-check'/'surprise visit' pejabat kami disini, tetapi bila saja dia naik kapal terbang kami dah tahu pukul dia akan sampai...kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment