suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, August 13, 2009

Sekali ini Najib betul-betul akan hanya tinggal seluar dalam...!



Najib yang terasa begitu selesa dengan rating yang kononnya menerima sebanyak 65% sokongan rakyat yang telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat penyelidikan ketika 100 hari di pejabat PM, telah dinasihatkan oleh gurkah-gurkah politik agar jangan terlalu yakin dan percaya dengan laporan yang berbentuk membodek itu.

Dan jika Najib berhasrat untuk mengadakan pilihanraya umum ke-13 dalam waktu yang terdekat yang berpandukan kepada laporan yang dikeluarkan itu, maka Najib juga telah diberi amaran bahawa UMNO dan BN akan terus lenyap.

Menurut kajian gurkah-gurkah ini, prestasi BN/UMNO sehingga semalam adalah dibawah paras yang diharapkan.

Dan sehingga semalam juga paras bacaan terhadap prestasinya adalah terlalu rendah dan rakyat maseh samar-samar kemana arah tuju negara yang hendak dibawanya.

Disamping prestasinya yang terus menjunam itu gurkah-gurkah ini juga memberitahu yang Najib juga tahu dan tidak yakin akan sokongan yang akan diterima BN/UMNO pada pilihanraya umum itu nanti.

Sehingga semalam juga rakyat bawahan masih tertanya-tanya apakah Najib faham dan tahu apa kehendak rakyat dibawah mahukan daripadanya sebagai PM. Ini kerana banyak pengundi-pengundi muda yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dan tidak bersikap tegar dengan mana-mana parti politik dari BN maupun daripada PR dan mereka hanya akan memangkah berpandukan kepada isu-isu semasa dan terkini.

Dan jika ditakdirkan Najib mengumumkan pilihanraya umum ke-13 dalam masa yang terdekat ini, ditambah pula dia belum lagi diuji pada pilihanraya yang besar, maka hancur dan hilang lah BN/UMNO biarpun PR belum bersedia dan biarpun Anwar Ibrahim tidak akan dapat menjadi PM jika disabitkan kesalahan pada kesnya di-mahkamah nanti.


dollah yankee- dapat rasa dan firasat kuat mengatakan Najib akan catat sejarah tersendiri sebagai PM paling singkat.

No comments:

Post a Comment