suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, August 29, 2009

Saki baki N11 Permatang Pasir




Masing-masing menuding jari kepada sesama mereka. Hang kata aku, aku kata hang. Maka irama lagu 'bangau oh bangau', lagu yang sudah menjadi lagu resmi BN/UMNO pun berkemundang lagi, empat hari selepas mereka berjaya mengekalkan kekalahan yang ketujuh mereka.

"Hujan oh hujan..kenapa engkau turun..?, macammana aku tak turun katak panggil aku..,katak oh katak, kenapa kau panggil hujan? Macammana aku tak panggil hujan, ular nak makan aku..!".

Mahyudin sudah tuduh Zahid Hamidi, Zahid sudah tuduh Mat jalil 'gagap' dan Jalil 'gagap' pula sudah tuduh calon itu sendiri punya angkara. Setelah tidak nampak siapa yang patut dipersalahkan dalam pertandingan yang menyebabkan BN/UMNO kalah teruk pada pilihanraya N11, empat lima hari sudah, maka puak-puak BN/UMNO telah mengambil keputusan meletakan kesalahan ini diatas kepala lebih 12% ahli-ahli UMNO dan penyokong BN/UMNO yang merupakan pengundi-pengundi yang sudah tidak hadir untuk mengundi pada hari itu.

BN/UMNO memang sudah yakin benar akan mencapai kemenangan jikalau jangkaan 85% kehadiran yang disasarkan itu hadir. Tetapi malangnya yang hadir mengundi pada hari itu hanyalah 73%pengundi.

Adalah seorang seorang sahabat yang telah melompat ke kem BN/UMNO dan telah ditugaskan untuk menjaga dan membantu Ketua Penerangan UMNO Malaysia semasa beliau di sini disepanjang minggu kempen dan hari mengundi, telah menceritakan kepada kami dan gurkah-gurkah politik lain yang juga merupakan rakan-rakan lama kepada sahabat ini, bagaimana bossnya (Ahmad Maslan) telah bercakap dengan nada yang agak tinggi kepada si Zahid Hamidi dan Mat Jalil 'gagap' tentang perbezaan sikap penyokong diantara penyokong PR/PAS dan penyokong BN/UMNO.

Dikatakannya bahawa sikap penyokong PAS ialah bagaimana penyokong-penyokong PAS ini akan berkorban dan datang beramai-ramai, tak kira hujan atau panas, ribut atau petir dan seolah-olah hari mengundi di DUN N11 Permatang Pasir yang baru lalu itu adalah merupakan hari terakhir buat mereka untuk mengundi. Manakala penyokong-penyokong BN/UMNO pula banyak yang manja. Mereka tidak akan hadir kalau hari hujan sebabnya tidak mahu mengusung payung. Mereka tidak akan hadir sekiranya tiada kenderaan disediakan untuk mereka, sebab mereka malas nak jalan kaki, mereka tak hadir sebab hari mengundi itu adalah hari bekerja, dan mereka tidak mahu menghabiskan cuti tahunan yang ada. Dan alasan yang paling baik yang diberikan kenapa mereka tidak hadir ialah sebab mereka berpuasa dan kebetulan bulan ramadhan.

Dia juga tidak lepas dari menyalahkan pengundi-pengundi cina, dimana ada satu peti undi yang pengundinya ada kira-kira 3,000 pengundi cina tetapi BN/UMNO hanya mendapat sokongan daripada 250 pengundi sahaja.

Last sekali dia kata, Ahmad Maslan sudah kata "...kita mana boleh lawan Anwar, ini tempat dia..!".



dollah yankee- menurut sahabat ini, Ahmad Maslan juga sudah kata "..i personally believe that there was nothing wrong with our candidate.."

2 comments:

  1. Lepaih tu depa mungkin kata, "...kita mana boleh lawan Anwar, ini negara dia..!"

    Rosak dah jikalau mereka nyanyi lagu "Bangau Oh Bangau"...

    ReplyDelete