suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, August 11, 2009

Rakyat didahulukan? Betoiii Kaaa..?




41 orang dah mati, dia masih kata rakyat tak perlu panik, rakyat jangan gelabah, rakyat jangan bimbang.

Yang dia bimbang, yang dia gelabah, yang dia panik ialah pelan A perancangan untuk merampas negeri Selangor dengan apa juga cara "by hook or by crook" telah terbantut dan terpaksa di"hold-back"kan seketika akibat matinya Teoh Beng Hock.

Apa dah jadi dengan "rakyat didahulukan"? Rakyat nak mati? lantaklah, yang penting, yang utama Selangor mesti dirampas kembali dan dikembalikan pada BN/UMNO.

Apa? ingat PR dengan Tan Sri Khalid batang pisang ke? PR dan TS Khalid di Selangor pun tahu negeri Selangor adalah nadi pembanggunan negara di Lembah Klang, jadi TS Khalid dan lain-lain dalam PR pun bukan nak makan angin atau nak ber"honeymoon". Mereka sebenarnya telah, sedang dan akan tetap bekerja keras dengan penuh ikhlas untuk bersama-sama dengan rakyat, dan sehingga saat ini hati rakyat negeri Selangor masih tetap setia dan hormatkan PR dan TS Khalid, lebih-lebih lagi PR yang sedang memerintah sekarang telah menunjukan keupayaan dan kekuatan dalam dasar-dasar pemerintahanya dan telah pun membuktikannya bahawa PR adalah parti yang adil dan tidak mengabaikan mana-mana kaum.

Sebenarnya konsep "Rakyat Didahulukan" telah dimulakan oleh TS Khalid dan PR di negeri Selangor sebaik sahaja PR berjaya mengambil alih Selangor. Cuma PR ni jenis yang suka buat kerja senyap-senyap, tak macam BN/UMNO, derma $150.00, tunjuk replika chek panjang 10 kaki.


dollah yankee- setuju dan sependapat dengan TUN Mahathir, Selangor tak akan dapat dikembalikan kepada BN/UMNO hanya kerana beberapa perselisihan pemdapat sejak sebulan dua kebelakangan ini.

No comments:

Post a Comment