suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, August 08, 2009

PRK DUN Permatang Pasir: UMNO dah habis modal

Akibat tidak ada lagi calon-calon yang sesuai, tiada orang yang layak untuk bergelar YB, UMNO yang tidak lagi mahu dipanggil bacul, pondan, tak dak teluq dan sebagainya, maka Naib Presiden UMNO yang ditugaskan untuk menjadi 'caretaker' kepada UMNO Pulau Pinang kini telah kehabisan modal, dan nampak seperti terpaksa bergantung kepada kuda-kuda tua yang masih ada hati lagi nak 'race' pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Menurut maklumat yang diterima daripada gurkah-gurkah politik ketika bersantai di'port' ialah, antara nama-nama yang telah tersenarai untuk di'finalise'kan ialah Datuk Seri Ibrahim Saad 10%, Datuk Firdau Ismail yang suka tendang pasu bunga, Datuk Ariff Shah yang tipu kata ada PhD dan bekas ADUN satu penggal untuk Permatang Pasir, Datuk Ahmad Saad.

Mereka-mereka ini adalah kuda-kuda tua yang sudah terlalu banyak mengaut dan mengumpul harta yang asalnya kepunyaan rakyat. Mereka-mereka ini adalah orang-orang yang dah 'seasoned', dan untuk pengetahuan juga, mereka-mereka ini adalah orang-orang yang mukanya tak boleh dipandang oleh orang-orang Permatang Pauh amnya dan Permatang Pasir khasnya.


dollah yankee- kalau PRK ini berjalan semasa bulan ramadhan ... alamat untung besaq laa orang-orang Permatang Pasir.

No comments:

Post a Comment