suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, August 26, 2009

Post Mortem dari 'port' politik.

Pilihanraya kecil Permatang Pasir dah pun selesai. Keputusannya telah mengejutkan banyak jeneral-jeneral UMNO sampai menyesakan nafas dan hampir terlondeh seluar mereka. Dan yang pastinya ia akan mengambil sedikit masa untuk melupakan tragedi yang menyayat hati ini.
Jeneral-jeneral UMNO ini juga terpaksa menahan marah mereka dan berpura-pura tidak ada apa-apa bila saja berita busuk tentang latar belakang calon impian mereka Rohaizat Othman, tersebar dengan sekelip mata akibat dari kemodenan arus teknologi maklumat, sehari sebelum hari penamaan calon.

Muka Mahyudin Yasin yang sememangnya dah sembab bertambah sembab menahan hatinya yang mendidih panas, menahan marah, dimana dia yang menjadi jeneral utama pada perang itu telah menerima bulat-bulat cadangan Zahid Hamidi selaku 'care taker' UMNO Pulau Pinang, yang telah menerima cadangan dari Jalil 'gagap' yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, untuk meletakan calon pilihan Rohaizat Othman.

UMNO telah gagal untuk mengesan atau mungkin juga penapis mereka telah bocor teruk menyebabkan kepincangan yang ada pada diri Rohaizat telah gagal dikesan, baik dari segi karier profesional atau kehidupan peribadinya.

Mereka diibaratkan seperti sudah tertinggal bas, bila mendapat tahu pekung yang ada pada calon pilihan mereka dan sudah tidak sempat untuk membrek.

Tuduhan terhadap salah laku sebagai peguam dan penyalahgunaan wang milik klien, telah benar-benar mencacatkan penampilan politiknya dalam soal integriti. Isu terhadap bini nombor duanya juga telah menimbulkan lebih banyak soalan dari jawapan dan membuatkan semua pengundi-pengundi Permatang Pasir terbeliak biji mata.

Setelah mengetahui yang mereka sudah hilang kawalan, BN telah mengambil sikap mempertahakan diri. Dalam perang mana boleh main 'defensive', ia mesti menyerang, dan bila main dengan cara pertahanan, diri dalam kawasan yang didominasi oleh Anwar Ibrahim, jawabnya... makan pasiaq laaa kawan kita .!


dollah yankee- BN/UMNO should have known that there are few secrets in the age of the Internet and that today's world is one of total disclosure...kah..kah..kah..

1 comment: