suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, August 14, 2009

Ong Tee Keat & Tiong King Sing berbalas tembak !





Perang dan pertempuran diantara Ong Tee Keat dengan Tiong King Sing berhubung dengan skandal PKFZ semakin hangat dan memuncak, dan yang pasti apa yang gurkah-gurkah politik nampak ialah pihak pemerintah iaitu BN melalui RTM seperti hendak menyebelahi Tiong King Sing untuk menjatuhkanya dari kerusi nombor satu MCA apabila mula mencuri ruang iklan di RTM dan bercerita tentang kebaikan PKFZ.

Memandangkan skandal politik PKFZ ini telah melibatkan semua bangsa iaitu Cina, Melayu dan Hindu dari parti pemerintah, tetapi diketuai oleh MCA sebab ia yang mengetuai rompakan ini dan telah membahagikan harta rampasan ini kepada sedikit untuk UMNO dan sedikit untuk MIC, maka hampir kesemua akhbar harian berbahasa cina hari ini di 'front-page' nya telah memaparkan gambar dua penyamun ini dan cerita masing-masing.

Ong Tee Keat mendakwa Tiong King Sing cuba mencari helah hendak mengaleh perhatian 1Malaysia dari skandal ini dengan mengatakan dan menuduh MCA telah menerima wang tabungan mereka sebanyak RM10 juta.

Apa pun, gurkah-gurkah politik berpendapat bahawa cubaan-cubaan yang sebelum ini untuk membunuh karier politik Ong Tee Keat telah memasuki babak baru dan semakin menarik untuk dilihat.

Selepas Ong Tee Keat menafikan telah menerima sedikit hasil daripada rompakan itu sebanyak RM10 juta bagi pihak tabung MCA, Tiong King Sing pula menyiarkan segala maklumat dan butiran penuh perjalanan Ong Tee Keat yang telah menggunakan jet peribadi Tiong King Sing termasuk tarikh, destinasi, nombor penerbangan.

Yang pasti bagi gurkah-gurkah politik ialah puak-puak daripada UMNO dan MIC akan terlepas dan terselamat sebab dari dulu lagi sesama mereka dalam BN telah memperaktikan sistem, 'siapa buat,siapa tanggung'.


dollah yankee- R.Nadeswaran dari akhbar The Sun boleh jadi jutawan dalam kes PKFZ ni kalau dia mahu..

No comments:

Post a Comment