suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, August 18, 2009

N11 Pmt.Pasir: 17-24 Ogos 2009

Pagi-pagi lagi port politik dah riuh rendah dengan gurkah-gurkahnya bercakap tentang hal proses penamaan calon, tentang calon BN/UMNO yang merupakan seorang loyar buruk, dan mereka juga becakap tentang bagaimana calon dari PR/PAS, Mohd Salleh Man yang sudah pasti akan mengekalkan kerusi itu untuk PR/PAS dan majoriti yang lebih sudah pasti dalam tangan.

Mereka berkata keyakinan tinggi itu lahir daripada kekuatan PAS dikawasan itu disamping merupakan kubu kuat di Pulau Pinang.

Dengan imej calon dari BN/UMNO yang sudah tercemar sehari sebelum hari penamaan calon, dengan kes Teoh Beng Hock yang sedang berjalan, soal PKFZ, dan sudah tentu tidak ketinggalan berkaitan dengan DUN Perak yang akan disentuh, seminggu masa kempen yang dijadualkan telah disahkan akan didominasi dan menjadi milik PR/PAS.

Gurkah-gurkah ini juga begitu konfiden yang kejayaan bekas wakil rakyat Permatang Pasir, arwah Datuk Hamdan yang telah memegangnya selama tiga penggal akan tetap berulang.

BN/UMNO juga sudah tentu tidak akan membiarkannya dimana mereka mempunyai pelbagai taktik dan jentera-jentera kerajaan yang akan disalah gunakan mereka selama lapan hari kempen itu dalam usaha mereka untuk memancing undi.

Bagaimana pun gurkah-gurkah ini telah mendapat maklum balas bahawa PR/PAS akan lebih banyak menggunakan isu lesen guaman (kes sivil) calon dari BN/UMNO yang telah ditamatkan kerana didapati telah menipu adalah lebih sesuai untuk digunakan dan akan memberi kelebihan kepada calon PR/PAS.

Pertarungan satu lawan satu ini juga akan memberi peluang kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir untuk membuat pilihan yang jelas dan tepat.



dollah yankee - ada kenal lawyer yang 'kaki pie-pon'

No comments:

Post a Comment