suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, August 19, 2009

N11 Pmtg.Pasir: Kami punya suka laa..sapa kami nak letak !




Kalau pengundi-pengundi Permatang Pasir pangkah juga Rohaizat Othman ... tak tau nak kata apa dah ...

Jangankan parti PAS, gurkah-gurkah politik di 'port' juga mempersoalkan pendirian moral calon BN/UMNO yang sah-sah telah didapati bersalah melakukan salahlaku yang melibatkan RM161,000.00 milik klien firma guamannya.

Itu 'lubang' yang dah terpecah...yang masih tersorok?

Gurkah-gurkah politik berpendapat bahawa Rohaizat sepatutnya menarik diri pada perlumbaan di N11 ini kerana integeriti dan reputasi dirinya sudah mula disoal oleh makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang dok meniaga di pasar-pasar malam dalam parlimen Permatang Pauh.

Duit itu milik klien, sebuah syarikat koperasi.

Apa lah malang nasib pekebun-pekebun ini, harapkan pagar, pagar sudah makan padi daa..!

Kalau melihat pada kempen pada hari pertama disana, PAS pun bukan jenis yang kejam, mereka langsung tidak mengekploitasikan isu ini, cuma yang ditekankan dalam kempen mereka ialah soal perinsip dan sikap calon BN/UMNO itu.

Melihat kepada usia calon BN/UMNO ini, gurkah-gurkah politik ini berpendapat ianya lebih kurang macam anak-anak mereka, dimana imej calon ini sehingga tengah malam semalam telah teruk tercemar semasa ia masih muda. Reputasinya juga akan menambah satu lagi 'pelempang' kepada UMNO yang telah meletakanya sebagai calon.

BN/UMNO kata Rohaizat adalah calon yang terbaik yang ada, manakala rata-rata rakyat bawahan banyak yang kecewa dan marah.

Yang menambah kerancakan pada isu moral calon ini pula ialah bila Tun Mahathir sudah letak minyak dalam api bila dia berkata, moraliti latar belakang calon-calon yang hendak bertanding mestilah bersih.

Dalam pada itu seorang gurkah telah mendapat maklumat dari seorang bell-boy hotel tempat Zahid Hamidi menginap, mengatakan terdengar Zahid Hamidi ketika bercakap dengan seseorang dalam telefon telah menyumpah seranah calon ini kerana kes meng'songlap' duit kliennya.


dollah yankee- kalau laa depa letak ketua pemuda bahagian pmth.pauh sebagai calon... gurkah politik kata..."lagi teruk UMNO nanti kena !".

No comments:

Post a Comment