suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, August 20, 2009

N11 Pmtg.Pasir: Bahan Kempen Hari - 4

SPRM mula naik hantu. Kelmarin mereka membuka semula fail yang dah ditutup yang dah pun di chop dengan NFA (No Further Action).

Fail yang dimaksudkan ialah kes terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri-1 Pulau Pinang, Mohd. Fairus Khairudin yang dikatakan terlibat dengan kuari haram. Press Conference yang dikhabarkan oleh gurkah-gurkah politik itu nampak jelas dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa dan kalut petang kelmarin.

SPRM mendakwa telah menerima satu maklumat terbaru dan dokumen berkenaan dengan kes itu menyebabkan fail untuk kes tersebut terpaksa dibuka semula.

Dokumen itu dikatakan diterima dalam bentuk tulisan yang telah dirasakan oleh SPRM dapat menjadi sebagai bukti untuk menyokong kes itu.

Beberapa pegawai SPRM dikatakan telah mengambil kenyataan daripada Lim guan Eng dan beberapa orang EXCO kerajaan negeri dipejabatnya minggu lepas berhubung dengan kes itu dan penemuan bukti terbaru tersebut.

Gurkah-gurkah politik di'port' berkata, memang SPRM dah naik hantu dan mula 'play hard ball' dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, dan Barisan Nasional telah menjadikan SPRM sebagai tentera upahan mereka.


dollah yankee- Kehangatan PRK N11 Permatang Pasir dalam serang menyerang ......... BN serang PR dengan kes terbaru ini, manakala PR akan membalas serangan dengan sidang akhbar Shukri pagi ini.

No comments:

Post a Comment