suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, August 23, 2009

N11 Pmtg Pasir: Kisah petang 2 Ramadhan

Kira-kira sepuloh hari lepas, hampir semua ADUN BN/UMNO terkejut beruk bila waktu rehat semasa dewan bersidang telah terserempak dengan ahli politik yang lantang dan popular iaitu Naib Presiden PAS, Mat Sabu yang sama-sama menghabiskan waktu rehat itu minum teh, pekena karipap dengan cucuq badak bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dengan adegan itu maka segala trompet, drum, tamborin dan gitar dari kugiran BN pun berbunyi bahawa Mat Sabu yang pernah duduk satu sel dengan Guan Eng semasa dalam ISA dulu, akan menjadi calon untuk PR/PAS pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Spekulasi itu berlarutan sehinggalah pada saat-saat akhir sebelum Presiden PAS mengumumkan calon pilihan parti, bukan Mat Sabu tetapi Pesuruhjaya PAS Negeri Salleh Man.

Setengah jam selepas pengumuman itu, semua Ketua-ketua UMNO cawangan dan ketua-ketua bahagian serta ketua-ketua pemuda mereka tak ubah macammana 'ayam berak kapur'.

Esoknya ketika singgah di Dewan Undangan Negeri untuk berjumpa dengan satu, dua 'informer', masih terlihat 'mood' yang sama dari ADUN-ADUN BN/UMNO. Setelah di riky, pahamlah bahawa mereka terlalu sedih sebab letaklah siapa pun baik Mat Sabu atau Salleh Man, BN/UMNO tidak akan mampu untuk bersaing dengan Anwar Ibrahim dan PR di Permatang Pauh dan peluang keemasan untuk PAS dan Pakatan akan menang besar jelas terserlah.

Informer ada memberitahu, Mat Sabu menjadi pilihan kerana dia datang dari Pulau Pinang dan sekarang memegang jawatan sebagai Pengarah di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. Hubunganya yang akrab dengan Guan Eng juga bukanlah satu rahsia dan jika dia terpileh menjadi calon dan menang, besar kemungkinan Mat Sabu akan diberi tanggung jawab yang lebih besar dalam kerajaan negeri, mungkin juga sebagai EXCO.

Namun bagaimanapun, Mat Sabu yang sering menerima ribuan penyokong pada mana-mana ceramahnya dan juga mempunyai satu kebolehan yang boleh 'tune' kepala otak orang ramai, telah menolak tawaran untuk menjadi calon. Kenapa dan mengapa dia menolak tawaran itu hanya dia dan Allah Taala saja yang tau.

Sementara itu dipihak BN/UMNO, pemilihan Rohaizat Othman, Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, sampai pagi ini telah menjadi satu tragedi dan 'bala' yang begitu besar buat BN/UMNO.

Biarpun semua orang-orang kuat BN/UMNO dari Kuala Lumpur dan tempatan yang turun mengelilingi Rohaizat untuk mempertahankan kredibiliti Rohaizat, namun hampir 20,000 pengundi-pengundi di-DUN Permatang Pasir gelak besar kerana lubangnya sebagai kaki songlap telah terbongkar, sehinggakan dia telah menerima gelaran 'Loyar Buruk'.

Selepas rakan kongsi Rohaizat membersihkan dirinya dengan cerita yang sebenar selepas dikatakan bukan Rohaizat yang 'kaki songlap' tetapi rakanya itu, maka pada sebelah petangnya 'rating' Ustaz Salleh Man terus memuncak meninggalkan 'rating' Rohaizat yang sedang menjunam.

Keesokan petangnya dan sehingga ke pagi tadi, laporan-laporan dari pihak SB telah menunjukan BN/UMNO memang akan bermakan pasir pada 25 haribulan nanti.



dollah yankee- sedutan-sedutan temuramah dengan orang ramai yang sering kita dengar didalam radio dan television sejak empat lima hari ini dalam mempromosi BN/UMNO pada PRK ini sebenarnya bukanlah penduduk-penduduk tempatan tetapi pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Khas,Kementerian Penerangan.

No comments:

Post a Comment