suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, August 01, 2009

N 11 Permatang Pasir, kubur baru untuk UMNO/BN

TIADA APA YANG MAMPU MEMECAHKAN GANDINGAN PAKATAN RAKYAT

PAS/Pakatan Rakyat yang walaupun menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai, tetapi telah menerima satu "wake-Up Call", dan sejak dari hari keputusan pengumuman kemenangan itu, PAS begitu berharap agar dapat kiranya datang satu lagi pilihanraya kecil bagi membuktikan teori "PAS/PR tetap menjadi pilihan".

Rupa-rupanya kematian Pak Hamdan Rahman kelmarin lebih merupakan satu kejutan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli politik PAS, ini kerana sebelum ini mereka telah beranggapan pilihanraya kecil yang diharapkan itu bakal berlaku di DUN Galas,Gua Musang, berikutan dengan tahap kesihatan ADUNnya Che Hashim Sulina yang pada ketika dan saat ini sedang menerima rawatan untuk penyakit kanser yang dihadapinya di negeri China.

Dengan kematian Pak Hamdan juga bermakna satu lagi pilihanraya kecil yang tidak dapat dielakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, UMNO/BN yang masih "trauma" dengan kekalahan di Permatang Pauh dan Penanti serta 20,350 pengundi-pengundi berdaftar untuk DUN Permatang Pasir.

Permatang Pasir adalah merupakan pilihanraya kecil yang ketiga di Pulau Pinang dalam jangka masa satu tahun.

Permatang Pasir yang berada dibawah Parlimen Pauh juga adalah merupakan satu-satunya kerusi PAS yang didalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Dan yang kita nampak, yang kita baca, yang kita pasti dan yakin ialah penyokong-penyokong setia dan penyokong-penyokong yang sanggup berputih-tulang sudah pasti akan "Going All Out" untuk mempertahankan kerusi itu dan sudah tentu mereka tidak akan membiarkannya terlepas.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh juga sudah pastilah akan membuatkan penampilan dan kehadiran "aura"nya dapat dirasai, dan dia juga tidak akan membiarkan kerusi ini yang berada dibawah Parlimen Permatang Pauh terlepas biarpun dia sendiri sedang bertarung dalam satu lagi pilihanraya (pilihanraya yang dimaksudkan adalah Kes-kes mahkamahnya).

Apa yang pasti juga trend Pakatan Rakyat yang sering mendominasi pada mana-mana pilihanraya kecil akan tetap berterusan hinggalah pilihanraya umum ke-13 menjelang.


dollah yankee- Rekod pilihanraya kecil manek urai yang dikatakan antara yang hebat, sudah pasti akan dipecahkan pada pilihanraya kecil permatang pasir kali ini...

No comments:

Post a Comment