suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, August 10, 2009

Kg.Buah Pala: Balik Pulau,Bayan Lepas

Balik Pulau,Bayan Lepas,sana terpulau sini terlepas.

Itu lah pepatah daripada para gurkah politik di 'port' berhubung dengan penduduk-penduduk Kampong Buah Pala apabila mereka telah dan akan hilang segala-gala.

Ini berikutan dengan keputusan pemaju Nusmetro Ventures yang telah menarik balik semua tawaran yang telah ditawarkan kepada penduduk-penduduk Kg.Buah Pala termasuk lah sebuah rumah dua tingkat untuk setiap keluarga.

Sebaliknya pihak pemaju akan memasuki kampong tersebut pada bila-bila masa sahaja untuk merobohkan rumah-rumah yang bukan milik mereka. Dan apa yang gurkah-gurkah ini nampak adalah penduduk-penduduk kampong itu terpaksa menanggung kesan akibat kedegilan mereka disamping tuntutan-tuntutan yang melampau dan tidak masuk akal.

Apa yang perlu diberi dan ditawarkan kepada mereka telah pun ditawarkan namun penduduk-penduduk kampong itu telah menolaknya, dan mereka perlu bersedia untuk perobohan itu yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Setelah ditawarkan setiap rumah dengan sebuah rumah dua tingkat yang berharga RM500,000 sebagai ganti, mereka masih mahu pemaju memberikan mereka sewa bulanan sehingga rumah tersebut siap.

Gurkah-gurkah politik di 'port' juga berharap dan menggesa agar Lim Guan Eng jangan lagi mengadakan pertemuan dan menghabiskan masa dengan penduduk-penduduk kampong kerana gurkah-gurkah politik telah mendapat maklumat bahawa penduduk-penduduk kampong itu mempunyai agenda tersendiri dan masyarakat sekeliling juga begitu marah dengan sikap penduduk-penduduk kampong ini terhadap tuntutan yang entah apa-apa dan bersikap menggugut.


dollah yankee- depa ni semua kena bagi flat riffle range di air itam saja, baru ada akai...

No comments:

Post a Comment