suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, August 03, 2009

Kenapa tunjuk perasaan?




Kenapa perlu buat demonstrasi jalanan? Kenapa perlu turun ke jalan raya untuk berarak? Najib bagi pihak kerajaan Malaysia naik berbuih mulut memberitahu bahawa akta ISA akan di-kaji..akan di-kaji..akan di-kaji, jadi kenapa perlu tunjuk perasaan sedangkan ada banyak jalan dan banyak cara untuk memberitahu pandangan dari rakyat.

Kalau laa soalan itu datang dari budak sekolah tingkatan satu...senang laa AKU nak jawab.

Tetapi soalan ini datangnya dari Najib Razak, Perdana Menteri kita yang AKU cukup meluat, mesti lah kita kena jawab soalan itu.

Kenapa perlu tunjuk perasaan dijalan raya?

Sebabnya, mereka yang sedang berada dipuncak-puncak kuasa yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin daripada UMNO dan BN ini, tak pernah rasa cukup dan tak pernah puas untuk mengumpul dan menimbunkan harta kekayaan mereka didalam rumah-rumah besar yang mereka bina dilereng-lereng bukit dan ditengah-tengah hutan batu.

Sebabnya juga kerana mereka-mereka inilah yang telah dipilih unduk menduduki kerusi-kerusi yang kuasanya boleh membetulkan segala benda yang tidak betul dalam perkara mentadbir negara, tetapi mereka tidak mahu melakukannya, disamping mereka terus berkuasa sambil mencekik dan melemaskan hidup AKU. Oleh itu sudah tentulah mereka-mereka ini tak boleh buat tunjuk perasaan jalanan. Bila mereka tak boleh tunjuk perasaan, maka mereka juga mahu AKU jangan buat demonstrasi jalanan.

Sebabnya adalah, kerana mereka-mereka yang diatas masih tebal dengan kronisma yang hanya jaga dan bagi senang dua,tiga kerat saja.

Sebabnya mereka-mereka ini mengamalkan sikap 'double-standard',hipokrit, maka yang lain-lain yang dibawah macam AKU ni, takkan nak duduk diam dan nga-nga bila yang kaya raya hanya tiga,empat kerat?

Sebabnya juga, cara baik, cara elok, cara hormat, AKU dah cuba tapi apa jadi? Masuk telinga kiri,keluar telinga kanan.

Sebabnya juga, cadangan-cadangan utama yang telah disaran oleh SUHAKAM (termasuklah perhimpunan secara aman) tidak langsung diendahkan.

Kalau diikutkan, banyak lagi benda yang menyebabkan AKU turun dijalan raya kelmarin. Tetapi memandangkan AKU naik meluat naik meloya maka cukuplah.

Sekarang engkau tanya kenapa nak tunjuk perasaan dijalan raya?


dollah yankee- turun dijalan raya bukan sebab ISA, tapi sebab cukup meluat dengan UMNO.

No comments:

Post a Comment