suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, August 31, 2009

Kekalkan Selangor DiKuasai Rakyat



Imej di-pinjam daripada blog BiGlory Blogger Rakyat,Zubli Nordin

Melihat kepada imej di-blog yang dinyatakan, terasa seperti ada sesuatu yang tersembunyi, maka kepala otak ini pun mula teringat yang pentadbiran kerajaan Negeri Selangor mula terasa tidak berapa selamat semenjak pengedaran gambar Eli Wong yang dalam kedudukan yang intim.

Dengan pengedaran gambar-gambar itu, jelas kelihatan bahawa kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor telah menerima amaran yang musuh mereka dimana-mana, ibaratkan seperti ada 'ular dalam semak' yang hanya menunggu masa untuk menerkam dan mematuk dan menghamburkan bisanya.

Kemudian muncul pula sebuah buku 'wajah sebenar MB Selangor TS Kalid' yang terang-terang telah menuduh Tan sri Khalid telah gagal untuk menjaga dan memelihara hak dan kepentingan orang-orang melayu di-Selangor.

Kemudian ada pula berita dan andaian yang mengatakan tiga ADUN akan melompat, dua dari PKR dan satu dari PAS. Tindak tanduk dan kenyataan-kenyataan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham telah menampakkan tanda-tanda yang dia adalah salah seorang dari tiga yang diwar-warkan akan menjadi sang katak. Manakala bagi Hasan Ali, gurkah-gurkah politik telah menganggap yang dia tak mungkin akan mengkhianati PAS.

Ada yang lebih 'daring' dan berani dengan pergi lebih jauh lagi dengan membawa cerita mengatakan lapan ADUN sebenarnya yang akan menjadi ahli kelab katak yang mana Pro-Tem presidennya adalah Ibrahim Ali.

Satu tindakan yang dikhabarkan akan membuatkan perbezaan kedudukan antara BN dan PR daripada 36-20 kepada kedudukan yang seri menjadikan 28-28.

Tetapi kalau mengikut kiraan pemikiran kepala otak gurkah-gurkah di'port', kalau pun lapan ADUN tadi telah mengambil keputusan untuk mengisi borang menjadi ahli kelab katak, BN masih tetap kurang lima kerusi. Yang dimaksudkan kurang ialah, pada persidangan lepas lima kerusi BN telah digantung.



dollah yankee- rakyat negeri selangor jangan bimbang dan jangan ragu dengan berita-berita yang sengaja di ujudkan ini sebab, ini adalah salah satu perang saikologi yang diamalkan oleh BN, lagi pun PR Selangor mempunyai ramai tink-tank first class..InsyaAllah..(di'port' ini pun ada gurkah yang kerja dia ialah mengujudkan cerita-cerita yang macam ini)

perlu juga di-ingat yang najib/BN akan terus-terusan akan berusaha untuk merampas semula selangor, biarpun dengan apa juga cara.

2 comments:

  1. Dollah Yankee. Terima kasih. Jika rakan pekena baik punyia nasik sama kari kepala ikan dan jelatah mentimun nanas, waktu berbuka dan sahur, ingatlah kat orang Selangor ada yang kunyah biskut sahaja selepas azan maghrib berkemundang. Oh ya, mereka sedar bahawa ada individu tahu pergerakan mereka nak tawan Selangor. Di port, kita congak fakta atas kertas. Mereka di perang saraf center exhausting all possibilities and cornering the impossibilities to be i'm possible. Jika gerak saraf dalam gelap, mereka sukar bila spotlight tumpu mereka. Let's be enlightened ya.

    ReplyDelete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=Na1yvANadS4&feature=PlayList&p=FD8D8E7D6A29D3D5&index=0&playnext=1

    Najib nak kuasai semula Selangor...

    ReplyDelete