suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, August 24, 2009

BN/UMNO jadi tong sampah untuk wakil rakyat bermasalah



Mohd Radzhi Salleh, yang telah mengumumkan keluar parti PKR kelmarin dan menjadi wakil bebas sebenar memang seorang wakil rakyat yang bermasalah besar.

Dan keputusannya untuk keluar dari PR adalah satu pilihan terbaik dari membiarkan PR menyimpannya dengan lebih lama, ini kerana ada pihak yang sedang berusaha untuk memalukan dan merosakan imej PR di Kedah dengan tindak tanduk dan masaalah peribadi Mohd Radzhi.

Mohd Radzhi diketahui mempunyai masaalah-masaalah peribadi dan masaalah kewangan yang cukup teruk dan meruncing.

Pada bulan Jun, Mohd Radzi telah disiasat oleh SPRM kerana dakwaan membuat tuntutan perbelanjaan yang berjumlah sehingga RM 148,000.00 untuk selama 12 bulan dari bulan March tahun lepas.

Masaalah yang melibatkan perempuan (maklumat mengatakan dia sudah ada empat bini) juga dikatakan salah satu faktor yang menyebabkan Mohd Rodzi bertindak untuk keluar parti dan menjadi wakil bebas yang menyokong BN/UMNO.


dollah yankee- hari ini baru lah aku paham dengan apa yang dimaksudkan dengan 20 tahun yang lepas oleh Tun Mahathir akan makna Bersih, Cekap dan Amanah !!

1 comment: