suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, August 24, 2009

BN/UMNO 'frust' lagi ...

Dengan hanya tinggal tak berapa jam sahaja lagi sebelum keluar untuk mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir esok, Barisan Nasional yang sebelum ini mengharapkan dan memberi fokus kepada pengundi-pengundi kod kelabu atau 'atas pagar' serta 42% pengundi-pengundi yang terdiri daripada orang-orang muda, telah mula hilang punca.

Kempen untuk memenangi hati pengundi-pengundi ini yang diketuai oleh banyak jeneral-jeneral BN/UMNO yang didatangkan khas dari ibu kota ini juga telah tidak menampakan hasil dan dianggap gagal.

Mereka sudah tidak nampak adanya sebarang peluang untuk menidakan pilihan rakyat yang sudah pun membuat keputusan akan memberikan undi mereka kepada PR/PAS, dan angan-angan serta cita-cita mereka untuk melarik sejarah juga sudah tinggal menjadi angan-angan dan jadilah BN/UMNO yang mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan telah turun pada tengahari.



dollah yankee- kita tunggu, apa pula undang-undang baru yang akan dibuat SPR dalam menghadapi pilihanraya-pilihanraya kecil yang akan datang nanti.

3 comments: